Pertumbuhan AIA Group Makin Pesat Di Malaysia terutamanya melalui AIA AFG Takaful Berhad

18 Apr-Pertumbuhan AIA Group Makin Pesat Di Malaysia

KUALA LUMPUR : MALAYSIA menyediakan peluang pertumbuhan paling memberangsangkan bagi AIA Group Ltd, iaitu firma insurans terkemuka antarabangsa yang juga peneraju perniagaan premium insurans hayat di Asia Pasifik.

Firma insurans yang berpangkalan di Hong Kong itu mempunyai operasi di 15 negara di Asia Pasifik dan sudah bertapak di Malaysia sejak 63 tahun lalu menerusi pembukaan cawangan American International Assurance Company Ltd di Kuala Lumpur pada 1948.

Presiden dan Ketua Eksekutif AIA Group Ltd, Mark Tucker, berkata firma itu yakin operasinya di Malaysia yang dikendalikan AIA Bhd mampu menyumbang sehingga 10 peratus daripada pendapatan kumpulan dalam tempoh antara tiga hingga lima tahun akan datang daripada enam peratus sekarang.

Katanya, buat masa ini operasi di Malaysia adalah penyumbang keenam terbesar kepada AIA Group dari segi pendapatan keseluruhan.

Tucker berkata, beliau melihat perniagaan takaful mampu menjadi pencetus utama kebangkitan syarikat itu di negara ini memandangkan AIA sebelum ini pernah muncul sebagai penyedia insurans hayat terbesar di Malaysia.

Perniagaan takaful AIA Group di Malaysia dijalankan menerusi AIA AFG Takaful Bhd, iaitu syarikat usaha sama antaranya dengan Alliance Bank Malaysia Bhd yang dilancarkan Januari lalu.

Sementara itu, AIA Bhd kini adalah penyedia perkhidmatan insurans hayat ketiga terbesar di Malaysia dari segi pendapatan dan yang keempat terbesar dari segi nilai perniagaan baru.

Tucker dikenali di kalangan peserta industri insurans antarabangsa menerusi pembabitannya selama 25 tahun di Prudential plc dan mula menerajui AIA Group Ltd pada Julai tahun lalu.

Beliau menerajui pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) firma itu di Bursa Saham Hong Kong pada 29 Oktober lalu yang menyaksikan ia menjadi IPO ketiga terbesar dalam sejarah dunia dan yang terbesar dalam sejarah Hong Kong selain adalah IPO terbesar dalam sejarah industri insurans.

Tucker berkata, bagi mencapai sasaran pertumbuhan di Malaysia, kumpulan itu kini giat mengukuhkan saluran edarannya di seluruh negara dengan kegiatan utama adalah meningkatkan mutu ejen jualannya.

Sementara itu, Tucker berkata penyenaraian firma itu di Hong Kong tahun lalu menyediakan platform kukuh kepadanya untuk terus berkembang di rantau Asia Pasifik, termasuk di Malaysia.

Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my (Berita disunting daripada Berita Berita Harian)

About admin

District Manager, NADI INSAN SOLUTION, AIA Public Takaful Berhad. Memetik tafsir Surah Yusuf: 46-48 bagi Perancangan Kewangan Islam: "Hasil tujuh tuaian yg baik disimpan utk digunakan dalam tujuh tahun yg meleset". Takaful > Lubuk Emas: Kejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita... PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau emel ke nadiinsan@gmail.com
This entry was posted in Insurance/ Takaful news. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>