TIPS UNTUK MEMILIH KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) YANG DIPERLUKAN

Kepentingan dan keperluan masyarakat terhadap Kad Perubatan Takaful pada hari tidak dapat dinafikan lagi…

Kesedaran ramai tentang penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan yang sihat sahaja sudah tidak mencukupi kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menyumbang kepada punca penyakit . Faktor keturunan, racun tersembunyi yang terdapat di dalam bahan mentah, jenis kerja, aktiviti sosial dan persekitaran menyumbang kepada masalah ini.

Justeru kita bukan sahaja perlu MENJAGA kesihatan tetapi juga MELINDUNGI kesihatan yang kita miliki agar tiada bebanan terutamanya dari segi kewangan. Kenaikan kos rawatan yang dianggarkan mencecah sehingga 15% setiap tahun juga amat membimbangkan.

Terdapat banyak syarikat takaful yang menawarkan kad perubatan pada hari ini dan setiap konsultan syarikat terbabit mendakwa kad perubatan mereka adalah yang terbaik. Bagaimana nak pilih?

Terdapat beberapa tips penting & ringkas yang boleh saya berikan di sini agar kita dapat memilih pelan Kad Perubatan yang memenuhi kehendak dan kemampuan kita.

1) Ada dua jenis Kad Perubatan yang berada di pasaran iaitu “Stand Alone Medical Card” dan “Attachment Rider Medical Card for Investment Link Plan”. Semua manfaat perlindungan untuk kedua-dua jenis kad perubatan ini adalah serupa. Cuma terdapat beberapa perbezaan daripada sudut tertentu:

Kelebihan & Kekurangan Pelan “Stand Alone”.

Murah – Dengan hanya RM50* sebulan, anda mampu memiliki kad perubatan individu. Di AIA AFG Takaful, anda boleh memilih untuk memiliki pelan keluarga. Hanya RM230* sebulan, telah melindungi seluruh ahli keluarga anda tidak kira berapa ramai jumlah ahli keluarga anda.

Bagi yang kurang mampu & yang telah memiliki pelan Simpanan dengan mana-mana syarikat takaful yang lain tetapi belum ada perlindungan perubatan, anda boleh memilih pelan ini.

Namun, terdapat beberapa aspek yang perlu diketahui jika anda memilih pelan ini.

a. Jumlah bayaran (sumbangan) anda akan meningkat mengikut julat peningkatan umur anda. Ini kerana faktor risiko; semakin meningkat usia seseorang itu, semakin tinggi risiko mereka. Ini bermakna “murah” itu bersifat sementara (jika itu yang anda harapkan).

Anda perlu menganalisa berapa lama anda inginkan perlindungan perubatan ini? Bagi saya, sepanjang hayat selagi nyawa dikandung badan sebagai persediaan perubatan. Justeru anda perlu tahu kos kad perubatan anda seiring peningkatan usia anda terutama selepas anda pencen nanti. Mampukah anda menampung kenaikan kadar bayaran kad perubatan ini nanti?

b. Urus & pastikan pembayaran sumbangan dibuat mengikut waktu yang ditetapkan. Ini kerana kad ini akan automatik mati “lapsed” jika tiada pembayaran dibuat dalam selang masa tertentu (biasanya antara 30-45 hari).

Masalah wujud jika peserta tidak sedar tiada pembayaran dilakukan terutama jika menggunakan khidmat pemotongan akaun atau kad kredit. Jika sijil anda telah luput “lapsed”. Anda perlu isytihar kesihatan anda semula dan sebarang penyakit sedia ada tidak akan dilindungi seperti ketika anda sertai dahulu. Ini amat merugikan malah lagi parah jika penyakit yang anda miliki sudah tidak diterima lagi.

Kelebihan & Kekurangan Pelan “Attachment Rider Medical Card”

Pelan ini adalah pelan tambahan kepada pelan Takaful Hayat jenis pelaburan “Investment Link”. Kelebihan pelan ini adalah ia memiliki mekanisma pelaburan di mana simpanan anda akan meningkat dari semasa ke semasa. Ini akan menyebabkan akaun anda memiliki dana untuk menampung setiap kenaikan caj “tabarru” perlindungan perubatan tadi.

Justeru kadar sumbangan anda akan kekal (boleh dikatakan Kad Perubatan yang tidak akan naik harga). Malah biasanya pelan ini juga jauh lebih murah cajnya “tabarru” berbanding pelan “stand alone”. Yang paling lucu, terdapat sesetengah ejen takaful yang mendakwa pelan simpanan mereka(jenis ini) menawarkan medical card free dan tidak naik harga.

Di samping itu, peserta juga boleh memilih untuk menambah manfaat perlindungan tambahan di dalam sijil yang sama seperti elaun harian hospital, kemalangan, penyakit kritikal dan sebagainya. Namun jika kewangan anda terhad, memadai jika anda memilih kad perubatan sahaja dulu.

Untuk pelan individu, biasanya sumbangan minima adalah sekitar RM115/ bulan dan RM280/sebulan untuk pelan keluarga bergantung kepada usia kemasukan anda.

2) AIA AFG Takaful menawarkan Kad Perubatan individu, bersama pasangan, bersama anak-anak atau seluruh keluarga.
Bolehkah kita memilih siapa di kalangan ahli keluarga kita yang akan sakit? Jika saya boleh memilih, saya akan memilih untuk tidak sakit biarpun saya & ahli keluarga memiliki kad perubatan.

Namun pilihan bukan di tangan kita. Hidup ini penuh dengan misteri & kejutan. Kita tidak boleh menjangka apa yang akan berlaku saban hari. Justeru, lindungilah seluruh ahli keluarga kita. Hanya AIA AFG takaful sahaja yang menjadi perintis (trendsetter) untuk kepelbagaian pelan ini.

Kadangkala kita ingin melindungi seluruh ahli keluarga kita tetapi disebabkan faktor kewangan menyebabkan kita hanya mengambil untuk diri kita dan isteri dahulu sedangkan risiko anak-anak terpaksa ditanggung sendiri. Bayangkan jika jumlah ahli keluarga 7 orang dan setiap satu pelan minimum RM150/ bulan. Ini bermakna anda terpaksa membelanjakan RM1,050/ sebulan.

Di AIA AFG Takaful, jumlah sumbangan pelan individu untuk anda dan isteri selama ini sudah mampu untuk menampung sumbangan untuk pelan keluarga. Jimat bukan? Tidak kira berapa jumlah ahli keluarga anda, bayarannya tetap sama.

3) Jumlah Had Perlindungan: Terus terang saya katakan di sini biarlah saya mempromosikan Kad Perubatan AIA AFG Takaful di sini berdasarkan kepada beberapa faktor utama seperti berikut:

a. Had Bilik & Penginapan Hospital– AIA AFG Takaful Berhad (AATB) menawarkan kadar bilik yang memenuhi keperluan semasa di mana ia bermula daripada RM150 untuk pelan yang pertama sehinggalah RM350 sehari. Malah jika anda berada di luar negara, had tersebut akan berganda.

Tiada ko-payment dikenakan sekiranya anda menukar pelan bilik yang lebih selesa. Anda hanya perlu membayar lebihan harga caj bilik tadi. Contohnya had harian bilik anda di hospital adalah RM150 tetapi anda tinggal di bilik yang berharga RM200. Anda hanya perlu menampung lebihan RM50 sahaja setiap hari.

Ini penting kerana terdapat sesetengah pelan kad perubatan yang mengenakan ko-payment di antara 20-28% ke atas keseluruhan bil jika pesakit menukar bilik yang lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan. Kadangkala pesakit tidak diberi pilihan kerana bilik di hospital penuh. Bayangkan jika bil berjumlah RM50,000. Ini bermakna peserta terpaksa menampung di antara RM10,000 hingga RM14,000. Ini boleh menjadi perangkap kepada peserta Takaful jika mereka tidak memahami pelan yang mereka miliki.

b. Had Tahunan yang tinggi. AIA AFG Takaful menawarkan had tahunan yang tinggi bermula daripada RM90,000 sehinggalah maksimum RM280,000 setahun.

c. Had Seumur Hidup yang tinggi. Di AIA AFG Takaful, tiada had seumur hidup dikenakan. Kita menawarkan pelan yang TIADA LIMIT. Justeru anda tidak perlu khuatir pelan kad perubatan anda akan habis dan tamat setelah digunakan. Freedom of mind… Biarkan kad perubatan AATB anda menampung kos kesakitan anda sepanjang hayat anda.

d. Tempoh Rawatan Selepas Keluar Wad yang panjang. AIA AFG Takaful menyediakan tempoh 120 hari untuk anda claim bil rawatan selepas keluar wad. Ini menyediakan ruang tempoh yang cukup untuk peserta membuat rawatan susulan selepas penghospitalan. Kebanyakan pelan di pasaran hanya menawarkan Rawatan selepas penghospitalan dalam tempoh di antara 30 sehingga 90 hari sahaja.

e. Ko-Payment. AIA AFG Takaful menawarkan had free ko-payment di antara RM22,000 sehingga RM58,000 mengikut jenis pelan setahun. Ini bermakna bil anda akan ditanggung 100% oleh AIA AFG Takaful jika jumlah bil anda masih di dalam lingkungan free ko-payment. Kebanyakan pelan yang ada hari ini menawarakan ko-payment 10% daripada jumlah bil. Ini memberi nilai kredit kepada AIA AFG Takaful 

f. Had ICU (Unit Rawatan Rapi) sehingga 120 hari setiap tahun.

g. Tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang menawarkan had maksimum 70 tahun, 80 tahun, 85 tahun, 99 tahun. Pelan AIA AFG Takaful menawarkan perlindungan kad perubatan sehingga usia anda 99 tahun.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut:
Nazri 019-578 3878
nadiinsan@gmail.com

About admin

District Manager, NADI INSAN SOLUTION, AIA Public Takaful Berhad. Memetik tafsir Surah Yusuf: 46-48 bagi Perancangan Kewangan Islam: "Hasil tujuh tuaian yg baik disimpan utk digunakan dalam tujuh tahun yg meleset". Takaful > Lubuk Emas: Kejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita... PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau emel ke nadiinsan@gmail.com
This entry was posted in Medical Card and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

11 Responses to TIPS UNTUK MEMILIH KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) YANG DIPERLUKAN

  1. faizal zainal says:

    faizal:37,isteri37,anak1st:9thn,anak2nd:9bulan.
    beri saya Q utk plan ada had tahunan. barapa had free-ko paymentnya ?
    tK.

  2. admin says:

    Sila rujuk email. Tq

  3. Eddy says:

    Saya ingin tahu, jika saya membuat rawatan susulan/temujanji doktor seminggu selepas keluar wad, adakah saya boleh membuat claim menggunakan kad tanpa perlu membuat pembayaran tunai.

    terima kasih
    Eddy

  4. Mohd Nazir bin Moh Yusof says:

    saya 37,isteri 31,anak 1st 4thn , isteri tengah mengandung anak no2 kandungan nk masuk 4bln.Dn berapa had free-ko paymentnye…Thanks

  5. linda says:

    Saya dan suami keliru untuk memilih pelan yg berseuiai dgn saya.
    Kami sekeluarga masih mencari medical card yg terbaik.
    Saya hanya mempunyai seorang anak.perlukah saya ambil pelan family atau
    Atau setiap seorang satu medical.

  6. n says:

    salam. nanti tolong balas emel. berminat utk jd agen.

  7. admin says:

    Asslm. Ok, will contact you ASAP.

  8. admin says:

    Ok, noted. InsyaAllah, tq.

  9. admin says:

    Asslm wbt,

    Untuk pengetahuan puan; tiada plan kad perubatan yg sempurna di mana2 syarikat pun.
    Yg plg ptg; adakah kad perubatan yg puan pilih bersesuaian dgn matlamat & kemampuan puan sekeluarga.
    Jgn bertangguh kerana penyakit, kemalangan @ ujian boleh datang tiba2…

    Kelebihan kad AIA AFG Takaful adalah
    1) Mendapat anugerah sebagai produk Takaful Terbaik 2012.
    2) Satu2nya kad perubatan yg tiada had limit seumur hidup.
    3) Had tahunan yg tinggi bermula dgn plan terendah RM90,000
    4) Ada jumlah free ko-takaful.
    5) Perlindungan boleh merangkumi anak2 @ keluarga & limit perlindungan adalah untuk setiap individu (tidak share manfaat).
    6) Dan lain2…

    Berbalik kepada soalan puan:
    Saya hanya mempunyai seorang anak.perlukah saya ambil pelan family atau
    Atau setiap seorang satu medical.

    Sekiranya puan masih muda & bercadang untuk menambah ahli keluarga; adalah satu kelebihan jika puan ambik plan keluarga @ beserta anak2 kerana:
    1) Puan masih muda & sumbangan takaful masih murah.
    2) Puan sekeluarga tidak perlu keluarkan belanja tambahan utk kad perubatan jika dapat anak baru; cuma kemaskini maklumat anak yg baru & sudah dilindungi tanpa perlu tambah bayaran.

    Wallahu’alam

  10. admin says:

    Hanya RM315 sebulan sudah mampu melindungi kad perubatan Encik sekeluarga sehingga maksimum 4 org anak.
    Plan ini dirangka menggunakan plan pelaburan untuk memastikan Encik menikmati kadar bayaran yg sama tanpa ada kenaikan sumbangan…

    Jika Encik berminat untuk memilih plan yg lebih tinggi/ VIP; jumlah sumbangan berbeza.

    Had tahunan free ko- takaful adalah RM22,000 untuk setiap ahli keluarga bagi plan di atas.

    Wallahu’alam…

  11. admin says:

    Boleh sekiranya pihak hospital apply guarantee letter drp syarikat takaful…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>