Takaful Ehsan di dada Akhbar Utusan Malaysia 23/5/2011

Takaful Ehsan tembusi India

KUALA LUMPUR 22 Mei – Pengendali takaful, ING Public Takaful Ehsan Bhd. (Takaful Ehsan) merancang menjadi pengendali takaful tempatan pertama menawarkan perkhidmatan takaful di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saiful Yazan Ahmad berkata, rancangan itu dijangka direalisasikan selepas tiga tahun operasi Takaful Ehsan yang mula bertapak di Malaysia pada 5 April lalu.

Beliau menjelaskan, pihaknya mempunyai kelebihan untuk ke luar negara kerana pemegang saham terbesarnya merupakan pengendali insurans dari Amsterdam, Belanda, ING Management Bhd. (ING) yang mempunyai banyak cawangan di luar negara.

“Kami menyasarkan untuk menembusi pasaran India sebagai negara pertama pengoperasian luar negara Takaful Ehsan. ING sudah bertapak di negara itu dan India mempunyai lebih 160 juta penduduk Islam.

“Selain India, kami juga berhasrat ke China, Asia Barat, Asia Tenggara dan negara-negara Eropah. Melalui operasi di luar negara, kami mahu meningkatkan imej Malaysia sebagai pusat kewangan Islam dunia,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

ING Management Bhd. (ING) memiliki kepentingan sebanyak 60 peratus dalam Takaful Ehsan manakala 20 peratus lagi daripada Public Bank Bhd. dan 20 peratus lagi melalui Public Islamic Bank Bhd.

Takaful Ehsan mendapat lesen operasi daripada Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 April lalu dan dilancarkan pada 5 April lalu oleh Timbalan Gabenor BNM, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir.

Produk pertama yang ditawarkan di bawah Takaful Ehsan adalah Terma Pengurangan Gadai Janji Takaful (MRTT).

Malah, Takaful Ehsan menjadi pengendali takaful pertama dalam negara menggunakan perkhidmatan pendaftaran MRTT dalam talian.

Tambah Saiful Yazan, pihaknya dijangka memperkenalkan lima produk sepanjang tahun ini.

Katanya, selain MRTT, Takaful Ehsan akan memperkenalkan produk Takaful Salam Investment Link pada bulan depan yang berbentuk pelaburan dan perlindungan diri.

Jelasnya, pada Julai akan datang, pihaknya akan memperkenalkan Takaful Perubatan dan dua lagi produk pada bulan Oktober di bawah Takaful Faedah Pekerja.

Ketika ditanya sasaran Takaful Ehsan, Saiful Yazan menambah, pihaknya mahu meraih sumbangan premium sebanyak RM31 juta sehingga akhir tahun ini.

“Sejak dilancarkan dan tidak sampai sebulan beroperasi, kami sudah mempunyai lebih 200 pemegang polisi,” ujarnya.

Takaful Ehsan juga menyasarkan untuk mempunyai seramai 1,800 ejen takaful sehingga akhir tahun ini.

Klik di sini untuk petikan dari Akhbar Utusan Malaysia

About admin

District Manager, NADI INSAN SOLUTION, AIA Public Takaful Berhad. Memetik tafsir Surah Yusuf: 46-48 bagi Perancangan Kewangan Islam: "Hasil tujuh tuaian yg baik disimpan utk digunakan dalam tujuh tahun yg meleset". Takaful > Lubuk Emas: Kejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita... PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau emel ke nadiinsan@gmail.com
This entry was posted in Insurance/ Takaful news. Bookmark the permalink.

One Response to Takaful Ehsan di dada Akhbar Utusan Malaysia 23/5/2011

  1. refre says:

    plan takaful pekerja tak ada lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>