Entah kenapa sedari kecil saya lebih rapat dengan golongan dewasa dan orang berumur daripada rakan sebaya.
Berbanding orang lain, rasanya sayalah di antara insan yang paling terasa kehilangan demi kehilangan rakan2 yg dulunya selalu bergelak ketawa bergurau senda…
Hidup ini amat singkat; justeru buatlah sesuatu yang berguna agar ianya menjadi memori terindah di kemudian hari dan dikira sebagai amal solih buat diri kita nanti…

Berkatalah yang baik2 dan selalulah memberi inspirasi kepada orang lain walaupun kita tak sehebat mana dan kelemahan di sini sana…
Kerana kadangkala walaupun ianya mungkin singkat & tidak bermakna kepada kita.
Namun kesan & kuasanya mampu memberi semangat & inspirasi kepada si penerima.
Banyak kata2 semangat yang saya terima daripada orang yang berbeza, namun ada 2 kata2 yang saya ingat sampai hari ini dan menjadi di antara kata2 yang menaikkan semangat saya untuk berjaya.

  1. Zaman sekolah & Universiti dulu, saya jarang ada di rumah ketika musim cuti kerana selalunya bekerja di Langkawi ataupun menjadi fasilitator program2 motivasi. Di antara program yang saya suka sertai sebagai fasilitator adalah program “Summer Camp” Dr Hassan Ali (ketika itu beliau cukup terkenal sebagai panel Ehwal Islam di kaca TV) kerana bayarannya agak lumayan (buat duit belanja ketika study). Dalam majlis perpisahan, Dato Dr Hassan Ali datang untuk merasmikan penutup program bersama ibubapa. Kebetulan saya dianugerahkan sebagai fasilitator terbaik dalam program tersebut. Semasa menerima anugerah, beliau sempat berbisik lebih kurang “ Jadilah insan yang berkualiti & teruskan berbakti kepada ummah”.
  2. Ketika dalam suatu program di Pahang; ada satu program Kursus Kepimpinan Pelajar yang saya hadiri anjuran Universiti. Secara kebetulan saya berbalas hujjah ilmiah dengan panel jemputan iaitu Datuk Malik (ADUN/ Ahli Parlimen). Mungkin kerana idea & lontaran hujjah yang bersemangat ketika itu(semangat anak muda😆). Di akhir penutup program, beliau secara terbuka & bersahaja bergurau dengan saya di atas pentas di khalayak tak kurang 200 orang (seingat saya). “Tak senang nak cari orang seperti Nazri, saya yakin suatu hari nanti beliau akan menjadi somebody. Jika saya wanita, inilah calon suami yang saya cari2”. Dek akibat kata2 beliau ketika itu, saya yang tak glamor, tak handsome & tak ada peminat ni secara tiba2 pening menepis ayat2 cinta yang datang daripada peserta2 wanita…haha (dengar boleh, jangan percaya😆).

Kedua-dua kata2 ini menjadi perangsang untuk saya percaya dan yakin yang saya adalah “somebody” biarpun kelemahan di sana sini dan saya juga adalah insan berkualiti yang mampu mencapai kegemilangan & mampu membantu ummah selagi diizinkan Allah…
Justeru jom kita teruskan memberi inspirasi dengan kata2 yang positif dan mulia…
Semoga ianya menjadi pemangkin untuk insan seperti saya dulu untuk terus berjaya👍👍👍.

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign