Selain daripada keperluan perbelanjaan bulanan kita, simpanan memainkan peranan yang amat penting . Dengan adanya simpanan yang teratur dan konsisten, kita bakal memiliki dana kecemasan, dana pendidikan anak-anak serta dana persaraan yang terancang.
Namun simpanan sahaja tidak mencukupi kerana sekadar menyimpan sahaja, kita bakal berhadapan dengan kejatuhan nilai wang kita akibat inflasi yang tinggi dan risiko luar jangka.
Sebab itu kita patut menilai peluang pelaburan yang selamat bagi melipatgandakan nilai simpanan kita.
Melabur adalah penting untuk beberapa alasan utama yang boleh memberikan manfaat kepada kestabilan kewangan jangka panjang kita. Di antara sebab-sebab kenapa kita perlu melabur:
1. Meningkatkan Kekayaan
Melabur membantu menambah nilai kepada wang kita. Dengan pelaburan yang bijak, wang yang disimpan boleh berkembang dengan lebih cepat berbanding hanya menyimpan dalam akaun simpanan biasa.
Sebagai contoh, jika kita memiliki RM300,000 dalam mana-mana akaun pelaburan.
Mengambil kira tempoh 10 tahun tempoh pelaburan.
Jumlah terkumpul adalah:
RM512,443 untuk keuntungan purata pelaburan sebanyak 5.5% setiap tahun selama 10 tahun.
RM1,213,667 untuk keuntungan purata pelaburan sebanyak 10% setiap tahun selama 10 tahun.
RM1,858,521 untuk keuntungan purata pelaburan sebanyak 20% setiap tahun selama 10 tahun.
Banyak bukan? Sebab itu kita perlu bijak mencari peluang pelaburan yang tepat dan selamat.
Bukan itu sahaja, jumlah pelaburan ini boleh dijadikan sebagai suntikan modal untuk kita menikmati pendapatan pasif daripada keuntungan pelaburan setiap tahun.
Sebagai contoh jika kita memiliki RM1.5 juta modal suntikan, kita boleh menikmati pendapatan sebanyak RM300,000 setahun iaitu sebanyak RM25,000 sebulan jika purata keuntungan setahun adalah sebanyak 20%.
2. Menghadapi Inflasi
Inflasi mengurangkan kuasa membeli di mana nilai wang kita semakin rendah dari masa ke masa. Melabur boleh membantu kita mengatasi inflasi kerana pulangan dari pelaburan berpotensi untuk memberikan keuntungan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi.
3. Persaraan
Pelaburan yang konsisten dan berterusan adalah kunci untuk membina dana persaraan yang mencukupi. Ini memastikan kita mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk menikmati persaraan dengan selesa. Banyak artikel yang ditulis berkaitan tentang kewangan yang tidak mencukupi selepas persaraan berasaskan kepada statistik. Justeru ambil langkah awal membantu menyediakan jumlah simpanan yang tinggi untuk tempoh persaraan nanti.
4. Pencapaian Matlamat Kewangan
Melabur membantu kita mencapai matlamat kewangan jangka panjang seperti membeli rumah, membiayai pendidikan anak-anak, atau merancang percutian dan kehidupan yang selesa.
5. Pendidikan dan Pertumbuhan Peribadi
Melabur memerlukan kita belajar tentang pasaran kewangan dan ekonomi.
Ini meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kita dalam pengurusan kewangan.
6. Kepelbagaian Pendapatan
Pelaburan boleh menjadi sumber pendapatan tambahan melalui dividen, faedah, atau kenaikan nilai pelaburan.
7. Perlindungan Masa Depan
Dengan melabur, kita menyediakan diri untuk menghadapi ketidakpastian masa depan. Ia memberi kita jaring keselamatan jika berlaku keadaan kecemasan atau perbelanjaan yang tidak dijangka.
8. Patuh Syariah
Kita patut bersyukur kerana di negara kita, terlalu banyak pilihan bagi memastikan keuntungan daripada pelaburan kita patuh syariah.
Secara keseluruhan, melabur adalah cara untuk memastikan wang kita bekerja untuk kita, bukan sekadar disimpan tanpa pulangan yang bermakna.
Namun pastikan kita melibatkan diri dengan pelaburan yang sah melalui pelaburan-pelaburan di tempat yang sah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelaburan-pelaburan di tempat yang lain amat berisiko dan tidak selamat.
Semua faktor di atas adalah sebab utama kenapa kita perlu terlibat dalam pelaburan. Namun jika pendapatan sedia ada tidak mencukupi untuk kita membuat simpanan dan pelaburan, kita boleh pertimbangkan untuk cari pendapatan tambahan.
Hubungi saya jika anda berminat dalam bidang sales, dalam bidang kewangan. Bidang yang amat baik untuk mereka yang kekurangan modal dan inginkan kerjaya tambahan yang fleksibel dan memiliki potensi pendapatan yang tinggi.
Nota:
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin melabur atau menceburi bidang kewangan sebagai kerjaya sepenuh masa/ separuh masa. Sila hubungi saya untuk dapatkan sesi penerangan yang lebih terperinci.
Kenyataan Penafian:
Penulisan ini adalah bertujuan memberikan maklumat berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi penulis.
Sebarang pendapat yang dinyatakan dalam penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pandangan pakar atau penasihat kewangan.
Tiada sebarang jaminan pulangan dalam pelaburan.
Prestasi pulangan semasa tidak menjamin prestasi pulangan di masa hadapan.
Kenal pasti penerimaan risiko anda sebelum membuat keputusan pelaburan.
Nak tahu lebih lanjut tentang bisnes bersama Nadi Insan…Klik link kat bawah ni ye…
https://alcnadiinsan.wasap.my/
https://alcnadiinsan.wasap.my/