Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita berhadapan dengan pelbagai situasi dan cabaran.

Tak kira betapa banyak ilmu dan pengalaman, betapa tinggi kepakaran dan kemahiran, kadangkala kita tidak terlepas daripada ujian dan cabaran.

Dalam apa jua situasi, senang dan susah, sedih mahu pun gembira, suka dan duka, derita mahu pun bahagia, biarlah kita menjadi hamba yang suka berdoa…

Sering berdoa adalah tanda kita sebagai hamba Allah SWT dan ia dikira sebagai ibadah.
Allah SWT suka kita meminta dan menyerahkan diri kepadanya.

Usaha kita adalah ikhtiar namun tidak ada satu pencapaian pun yang kita miliki melainkan semuanya adalah dengan izinNya jua…

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, Maka (jawablah), bahwasanya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”.
-Surah Al-Baqarah: 186

Allah SWT juga menyeru kita agar sentiasa berdoa kepada-Nya melalui firman-Nya:

“Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Al-Ghafir:60

By admin

Group Chief Managing Consultant -ALC Nadi Insan/ FWD Takaful Berhad Senior Marketing Representative -Astute Fund Management Berhad PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Risk Management (Takaful)/ Investment (Private Mandate & Unit Trust) Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign