Melabur dalam Unit Trust atau Private Mandate?
Kedua-duanya memiliki kelebihan yang tersendiri. Berikut adalah ringkasan berkaitan Private Mandate dan Unit Trust agar mudah difahami:
Private Mandate
🔹Melabur saham dalam Bursa Malaysia melalui Pengurus Dana profesional yang bertauliah dan berpengalaman.
🔹Pengurus Dana diberi mandat untuk menguruskan akaun pelaburan personal pelabur (CDS Account) bagi pihak pelabur dengan membeli dan menjual saham dalam kaunter-kaunter yang berpotensi di Bursa Malaysia secara aktif pada waktu yang difikirkan terbaik untuk memberikan keuntungan yang maksimum kepada pelabur.
🔹Pelabur boleh monitor prestasi pelaburan secara telus dan lengkap setiap bulan melalui laporan berkala yang diberikan. Semua kaunter saham dan nilai prestasi portfolio semasa dapat dilihat dengan jelas.
🔹Pemantauan pelaburan dibuat secara berterusan oleh Pengurus Dana khusus yang dilantik.
🔹Jumlah minimum bagi pelaburan tunai adalah RM50,000 dan jumlah minimum bagi pelaburan melalui KWSP adalah RM30,000 mengikut pengiraan yang dibenarkan dalam akaun 1. Jumlah penambahan minimum pelaburan pada satu-satu masa pula adalah sebanyak RM10,000.
🔹Pelaburan patuh syariah.
🔹Keuntungan atau capital pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja. Namun tempoh saranan pelaburan terbaik yang disarankan adalah di antara 3 hingga 5 tahun untuk melihat peningkatan jumlah keuntungan yang berganda.
🔹Pelaburan Private Mandate ini boleh dilakukan melalui Marketing Representative(MR) yang berlesen.
🔹Private Mandate ini diuruskan oleh CMSL (Capital Markets Services Licence) Licensed Holder oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. “Licensed Unit Trust Management & Licensed Asset Management Company”.
🔹Sebagai tambahan, syarikat juga adalah Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan di bawah pelaburan KWSP (Approved Fund Management Institution under the Employee Provident Fund’s Member Investment Scheme “EPF-MIS”).
🔹Dengan semua kelebihan ini, pelaburan melalui Private Mandate boleh menjadi pilihan yang menarik bagi pelabur yang mencari pengurusan pelaburan yang lebih bersifat peribadi, telus dan fleksibel.
Unit Trust/ Unit Amanah
🔸Pelaburan yang menggabungkan wang pelabur yang mempunyai matlamat yang sama dalam satu tabung amanah (fund) yang diuruskan oleh Pengurus Dana profesional.
🔸Pengurus Dana berperanan menguruskan pelaburan untuk tabung (fund) tersebut.
🔸Pemantauan hendaklah dilakukan sendiri oleh pelabur atau agen Unit Trust.
🔸Konsep untuk buat keuntungan dalam pelaburan unit trust adalah beli pada harga unit rendah dan jual pada harga unit tinggi.
🔸Berbanding Private Mandate, pelabur unit trust perlu bijak memilih dana yang sesuai, rajin monitor, buat switching fund jika diperlukan dan lock profit jika menguntungkan.
🔸Adalah suatu yang baik jika unit dibeli secara berkala untuk dapatkan purata nilai unit yang terbaik atau lebih mudah difahami sebagai “Dollar Cost Averaging”.
🔸Keuntungan dalam Unit Trust diperolehi melalui kenaikan harga unit dan juga bonus bagi dana (fund) tertentu.
🔸Jumlah minima bagi pelaburan tunai dan KWSP dalam Unit Trust adalah RM1000 dan penambahan minimum pada satu-satu waktu adalah sebanyak RM100.
🔸Pelaburan patuh syariah.
🔸Pelaburan Unit Trust boleh disertai melalui Marketing Representative(MR) atau Unit Trust Consultant (UTC).
🔸Unit Trust ini diuruskan oleh CMSL (Capital Markets Services Licence) Licensed Holder oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. “Licensed Unit Trust Management & Licensed Asset Management Company”.
Syarikat juga adalah Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan di bawah pelaburan KWSP (Approved Fund Management Institution under the Employee Provident Fund’s Member Investment Scheme “EPF-MIS”).
Ahli KWSP boleh melabur dalam Unit Trust melalui “EPF’s Approved List of Unit Trust Funds 2023/24”.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi saya atau dapatkan terus temujanji untuk perkongsian yang lebih jelas dan terperinci.
Nota:
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin melabur atau menceburi bidang kewangan sebagai kerjaya sepenuh masa/ separuh masa. Sila hubungi saya untuk dapatkan sesi penerangan yang lebih terperinci.
Kenyataan Penafian:
Penulisan ini adalah bertujuan memberikan maklumat berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi penulis.
Sebarang pendapat yang dinyatakan dalam penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pandangan pakar atau penasihat kewangan.
Tiada sebarang jaminan pulangan dalam pelaburan.
Prestasi pulangan semasa tidak menjamin prestasi pulangan di masa hadapan.
Kenal pasti penerimaan risiko anda sebelum membuat keputusan pelaburan.
Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan atau bisnes bersama Nadi Insan…Klik link kat bawah ni ye…
https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://alcnadiinsan.wasap.my/
https://alcnadiinsan.wasap.my/