Apa yang penting dalam hidup kita?
Prioriti bagi setiap orang sudah pasti berbeza.
Mencari ketenangan dan kebahagiaan. Ketenangan dan kebahagiaan ini unik, berbeza bagi setiap orang. Namun ada beberapa perkara yang termasuk dalam senarai. Diantaranya:
Iman dan taqwa, jaga diri agar terhindar daripada dosa dan berusaha menambah pahala, saham untuk kehidupan di akhirat sana.
Sihat tubuh badan atau berusaha kawal agar terhindar daripada penyakit yang merbahaya. Penghulu segala nikmat adalah sihat, tanpa sihat semua perkara terasa hambar. Wajib berdoa agar diberi kesihatan dan berusaha agar kekal sihat.
Keluarga. Keluarga adalah aset penting. Hidup kita sunyi tanpa keluarga sebab itu dikatakan bahawa kebahagiaan itu bermula dari rumah.
Bebas hutang, Dalam dunia realiti adalah terlalu sukar untuk kita hidup tanpa hutang. Terlalu banyak pengorbanan dan terlalu sukar untuk tidak berhutang apatah lagi dengan belanja kehidupan yang sentiasa meningkat. Kenaikan harga rumah, bayaran ansuran kereta, pinjaman pendidikan, keperluan asas dan lain-lain lagi. Namun begitu, paling tidak usaha agar hutang kita terkawal dan di dalam julat kemampuan.
Memiliki pendapatan aktif dan pendapatan pasif
Pendapatan aktif (active income). Kebanyakan kita hanya memiliki pendapatan aktif yang terhasil daripada kerja iaitu gaji dan ada yang memiliki pendapatan daripada bisnes. Risiko sentiasa ada tak kira berupa kematian awal, hilang upaya, sakit kritikal dan sebagainya. Sebab itu, adalah menjadi satu keperluan dan kewajipan untuk kita lindungi pendapatan kita dengan memiliki pelan takaful yang bersesuaian agar dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.
Pendapatan pasif (passive income). Ada beberapa kategori yang kita boleh senaraikan sebagai passive income;
Pelaburan. Banyak pelaburan yang bagus untuk kita ambil kira sebenarnya. Setiap pelaburan pula ada ciri-ciri yang tersendiri untuk kita ambil tahu dan ambil manfaat daripadanya.
Di antara pilihan pelaburan patuh syariah adalah pelaburan emas, pelaburan hartanah dan pelaburan saham. Ada di antara pelaburan-pelaburan ini yang memberikan pendapatan pasif yang lumayan. Bagi mereka yang memiliki modal yang tinggi, ramai yang hidup mewah hasil daripada keuntungan pelaburan; bayar ansuran kereta dan rumah hasil daripada keuntungan pelaburan. Tak kurang juga yang menggunakan duit keuntungan daripada pelaburan untuk melancong dan nikmati gaya hidup yang selesa termasuk memberi sumbangan dan terlibat dalam kebajikan.
Tahukah anda, anda juga boleh membina pendapatan pasif yang lumayan melalui bidang jualan dalam industri kewangan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi saya atau dapatkan terus temujanji untuk perkongsian yang lebih jelas dan terperinci.
Nota:
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin melabur atau menceburi bidang kewangan sebagai kerjaya sepenuh masa/ separuh masa. Sila hubungi saya untuk dapatkan sesi penerangan yang lebih terperinci.
Kenyataan Penafian:
Penulisan ini adalah bertujuan memberikan maklumat berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi penulis.
Sebarang pendapat yang dinyatakan dalam penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pandangan pakar atau penasihat kewangan.
Tiada sebarang jaminan pulangan dalam pelaburan.
Prestasi pulangan semasa tidak menjamin prestasi pulangan di masa hadapan.
Kenal pasti penerimaan risiko anda sebelum membuat keputusan pelaburan.
Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan atau bisnes bersama Nadi Insan…Klik link kat bawah ni ye…
https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://alcnadiinsan.wasap.my/
https://alcnadiinsan.wasap.my/
Bagi mereka yang takut untuk ambil risiko pula boleh memilih untuk simpan duit di Tabung haji atau ASB dengan kadar keuntungan sekitar 5% setahun (rujuk pengumuman dividen tahunan untuk nilai yang tepat).