Model Bisnes Takaful

Ada 3 struktur utama model bisnes takaful yang mendapat perhatian di Malaysia sekarang.

Semua struktur ada kelebihan dan kebaikan yang tersendiri.

Paling lama adalah struktur “Tied Agency”, saya lahir dan berjaya daripada struktur ini.

Kerjaya yang bermula daripada bawah, belajar dan bekerja keras bermula daripada agen sampai ke Pengurus Agensi.

17 tahun saya menikmati kejayaan dalam bisnes struktur ini.

Struktur ini memaksa kita untuk membina asas yang kukuh untuk berjaya.

Hanya mereka yang berada di kalangan “performer” yang akan menikmati jumlah pendapatan yang tinggi melalui produksi bisnes peribadi, manakala kenaikan pangkat ke pengurus unit pula mengambil masa paling cepat selepas 2 tahun(rule MTA) dengan beberapa syarat yang tertentu. Hanya mereka yang serius dan bersungguh-sungguh, “perform” sahaja yang berjaya ke level ini dan ke level seterusnya iaitu pengurus agensi.

Kebiasaannya mereka yang “perform” mengambil masa di antara 4 ke 5 tahun untuk naik ke pengurus unit dan di antara 5 ke 10 tahun untuk berjaya naik pangkat ke level pengurus agensi.

Syarat untuk bermula sebagai konsultan takaful hanyalah dengan memiliki sijil SPM dengan minimum lulus 5 subjek dan lulus “Takaful Basic Examination”.

Struktur FAR pula memiliki kelebihan di mana “financial adviser” boleh menawarkan produk daripada beberapa syarikat takaful yang berdaftar (tak kurang daripada 9 syarikat takaful).

Agak ketat syarat untuk menjadi Financial Adviser’s Representative(FAR).

Di antara modul yang perlu diikuti adalah RFP atau Shariah RFP (MFPC), Islamic Financial Planning (IBFIM) atau Certified Financial Planner (FPAM). Kos bagi modul ini adalah sekitar RM2,000 ke RM10,000 bergantung kepada akademi bertauliah.

Bagi ejen yang sudah berpengalaman lebih 5 tahun dan sekurang-kurangnya mempunyai ijazah pula, mereka boleh mengambil kursus ‘fast track’ seperti Shariah RFP Capstone atau IFP Challenge Status.

Selepas lulus, bakal FAR perlu mendaftar sebagai ahli aktif di Malaysian Financial Planning Council (MFPC) atau Financial Planning Assocation of Malaysia (FPAM). Selepas itu barulah boleh memohon pendaftaran FAR dengan BNM melalui firma-firma penasihat kewangan berlesen.

Setakat ini, saya tidak pernah terlibat dalam bidang struktur FAR ini walau pun saya memiliki sijil IFP daripada IBFIM.

Fokus saya lebih kepada pembinaan agensi dan membantu lebih ramai berjaya dalam bisnes takaful.

Karakter saya pula lebih fokus dan ringkas, lebih mudah untuk berjaya dengan fokus kepada satu syarikat dengan syarat yang lebih ringkas dan mudah dan membimbing para konsultan untuk menjadi profesional dan berkemahiran.

Lebih mudah untuk bantu lebih ramai orang.

Struktur yang ketiga adalah struktur Agency Leader Corporation (ALC).

Alhamdulillah saya telah masuk tahun keempat dalam struktur ini.

Apa yang saya suka dalam struktur ini adalah peluang besar yang boleh dicapai oleh semua orang.

Sama ada performer atau tidak, boleh berjaya dalam bidang ini selagi mereka konsisten.

Pendapatan sebagai konsultan yang memiliki pencapaian sederhana tidaklag sebesar mana.

Namun dengan sistem ALC ini mereka mampu membina pendapatan lumayan melalui sales peribadi dan sales daripada kumpulan.

Syarat kenaikan pangkat yang lebih ringkas dan boleh dicapai seawal bulan pertama. Kebiasaannya kenaikan pangkat berlaku pada bulan keempat.

Untuk memiliki pendapatan 5 angka sebulan, para konsultan hanya perlu konsisten close sekurang-kurangnya 4 kes (client) sebulan (min RM150 setiap sijil) dan memiliki 10 orang team yang aktif.

Sistem ini lebih bersifat “business partner” berkongsi keuntungan melalui bisnes secara group yang konsisten.

Buat kerja konsisten, sama2 buat untung.

Bagi mereka yang berminat dalam bisnes takaful, anda boleh memilih struktur mana yang lebih sesuai dengan anda.

Bagi mereka yang berminat dengan struktur ALC, bileh sertainsaya jika bersesuaian.

Corak bisnes saya adalah konsisten santai dan tenang.

Program yang fleksibel secara fizikal dan online.

Yang paling penting, saya akan bimbing anda secara berterusan.

InsyaAllah saya, staf dan team akan sentiasa support melalui program2, channel dan medium komunikasi untuk bantu anda melalui idea2 dan diskusi yang berterusan…

-NazriNadiInsan

Berminat menyertai ALC Nadi Insan FWD Takaful sebagai Executive Consultant/ Direct Appoint Manager.

Atau berminat nak tahu lebih lanjut tentang bisnes bersama Nadi Insan…Klik link kat bawah ni ye…

https://ALCNadiInsan.wasap.my

https://alcnadiinsan.wasap.my/

https://alcnadiinsan.wasap.my/

By admin

Group Chief Managing Consultant -ALC Nadi Insan/ FWD Takaful Berhad Senior Marketing Representative -Astute Fund Management Berhad PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Risk Management (Takaful)/ Investment (Private Mandate & Unit Trust) Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign