Teringat di sebalik cerita sembang-sembang petang bersama rakan-rakan semalam.
Ramai kagum dengan kegigihan seorang kenalan yang cekal menempuh liku-liku kehidupan.

Setahun yang lalu, tak siapa pernah menyangka Cikgu A (namanya dirahsiakan) mampu berdiri dan berjalan semula setelah lumpuh akibat strok hampir 6 bulan lamanya. Bukan sekadar berjalan, beliau sudah mampu bertutur dengan fasih semula…

Kecekalan & kekuatan jiwa beliau di dalam mendepani situasi dugaan begitu menyentuh hati rakan-rakan beliau sehinggakan ada yang menitiskan air mata… Setelah puas berubat, beliau melatih diri bertatih sedikit demi sedikit hingga betah untuk ke sekolah semula.

Ramai terpegun dan bersimpati apabila melihat kelibat beliau ke sekolah. Pada mulanya ramai yang hairan dengan sikap isterinya. Sepatutnya hantarlah beliau sehingga ke bilik guru. Namun isterinya hanya tinggalkan beliau di depan pagar sekolah sahaja.

Jom saya hantar Cikgu… Sapa guru yang mendahului beliau… Cikgu A hanya menggelengkan kepala sambil jalan bertatih-tatih… Penat sungguh tengok Cikgu A berjalan untuk sampai ke bilik guru…

Rupa-rupanya itu adalah kehendak Cikgu A sendiri; memaksa dirinya untuk BERJAYA!!! Siapa sangka kini dia kembali normal, malah seronok sungguh mendengar beliau bercerita dengan penuh kesyukuran tentang kejayaannya mendisiplinkan diri untuk BERJAYA semula!!!

Kita dilahirkan untuk berjaya. Semua kita pernah berjaya semenjak azali lagi. Islam mengajar kita untuk mengimpikan & berusaha mencapai kejayaan. Sebab itu Rasulullah SAW tidak pernah berputus asa memotivasikan para sahabat untuk merealisasikan kejayaan yang sebenar…

Memang untuk mencapai kejayaan itu ada harganya… Cikgu A terpaksa mengorbankan kemudahannya, melalui kehidupan yang perit untuk beliau BERJAYA semula merasai nikmat dunia ini…

Apatah lagi kita? Jika ada hati untuk BERJAYA, pasti KEJAYAAN itu kan digenggami…
Emas & berlian tidak diperolehi dengan proses yang mudah… Ia terpaksa melalui proses ketabahan, kesabaran, istiqamah, kemahiran & ilmu yang cukup.
Namun alangkah hebatnya nilai emas & berlian…sehingga ramai yang mendambakannya…

Jangan kita mudah mencari jalan pintas seperti skim-skim tertentu yang menawarkan hasil dengan goyang kaki sahaja…Takut-takut nanti menjerat tengkuk kita.

Ustaz saya di Maktab Mahmud, Alor Setar dulu pernah berpesan, jika perjuangan kita itu dipenuhi dengan janji-janji manis melalui jalan yang mudah, hati-hati kerana biasanya ada sesuatu yang tidak kena kerana KEJAYAAN itu biasanya diuji & dipenuhi dengan jalan yang berliku…

Hanya yang sabar & istiqamah sahaja yang akan BERJAYA!!!

Muhasabah diri; benarkah kita sudah bersedia untuk BERJAYA?
Dunia IMPIAN kita; Akhirat MATLAMAT kita… Fastabiqul Kahiraat…Jom BERJAYA!!!

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

Muhammad Nazri 019-578 3878 (nadiinsan@gmail.com)

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign