Setiap kejayaan berkadar dengan kadar usaha dan masa yang kita peruntukkan…

Sudah pasti segalanya terhasil dengan izin Allah SWT…

Jika kita menilai setiap titis peluh usaha kita dengan nilai hasil segera, sudah pasti kita akan kecewa…

Umpama sebuah perjalanan di sebuah daerah yang tidak pernah kita lalui sebelumnya, sudah pasti kita tertanya-tanya bilakah kita akan sampai ke destinasi…

Bagaimanakah bentuk laluan & selekoh yang perlu kita hadapi…

Meskipun kini kita dibekali dengan teknologi apps waze, google dan lain-lain lagi…

Debaran itu pasti tetap dirasai…

Ia pasti berbeza jika kita pernah melalui proses yang sama berulang kali…

Setiap titis usaha kita, setiap proses yang kita lalui, setiap hasil yang bakal kita kecapi sudah pasti dapat dijangka dan dirasai…

Cuma sabar menempuh cabaran & mehnah biasa yang pernah dihadapi…

Sebab itu bagi mereka belum ada pengalaman dan menceburi bidang yang baru, sudah pasti debaran dan proses menyesuaikan diri dengan perkara baru itu terasa berat tambahan jika bidang/ bisnes yang kita ceburi memerlukan modal yang tinggi…

Setiap waktu, setiap proses bukan sekadar memerah keringat tetapi mengorbankan sekian jumlah wang ringgit…

Apa yang boleh dikongsi di sini.

Yang membezakan di antara mereka yang berjaya dan yang berhenti di separuh jalan adalah keyakinan; percaya dan yakin setiap yang diusahakan bakal peroleh kejayaan dengan izin Allah…

Justeru usah diaudit penat lelah atau masa yang dikorbankan, auditlah aktiviti dan tindakan adakah kita melakukan proses dan tindakan yang betul…

Impian pasti akan dicapai selaras betapa cepat kita belajar & menguasai ilmu…

Sepantas dan sekuat mana usaha yang kita taburkan…

Perkara yang hebat, tekanannya juga hebat.

Namun ianya dapat dikurangkan jika kita gunakan resepi yang sempoi dan santai…

Nak berjaya dalam bisnes Takaful?

Joinlah ALC Nadi Insan FWD Takaful…

Kita kongsi teknik sempoi dan santai dengan anda…

#nadiinsan

#FWDTakaful

#nadiinsansatuhati

#positiveenergy

#merealisasikanimpian

 

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign