Bakat dan Kemahiran atau Sikap Menentukan Kejayaan?

Ramai yang mengadu tidak berbakat dan tiada kemahiran punca mereka tidak berjaya dalam bisnes.

Secara peribadi, saya tidak setuju tiada bakat dan tiada kemahiran adalah punca kegagalan. Bakat dan kemahiran boleh dibentuk dengan latihan secara konsisten.

Ronaldo, Messi & ramai lagi atlit hebat mungkin berbakat namun jika diamati bakat mereka digilap dengan latihan dan disiplin yang ketat sedari kecil.

Sikap dan pemikiran kita dalam menguruskan bisnes adalah punca utama kegagalan.

Jika sewaktu bekerja sebelum ini kita boleh tepati masa dan melaksanakan tugasan yang diberikan dengan baik ikut ketetapan waktu, kenapa tidak kita lakukan perkara yang sama kepada bisnes kita.

Sikap tidak menghargai ilmu, masa, tidak melatih diri dan berdedikasi punca utama rezeki sukar hadir melalui bisnes kita ataupun apa saja yang kita lakukan.

Manfaat dan kejayaan akan hadir kepada perkara-perkara yang kita hargai.

#NazriNadiInsan
#nadiinsan
#FWDTakaful
#insanbudimankayadermawan
#positiveenergy

 

 

 

About admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Memetik tafsir Surah Yusuf: 46-48 bagi Perancangan Kewangan Islam: "Hasil tujuh tuaian yg baik disimpan utk digunakan dalam tujuh tahun yg meleset". Takaful > Lubuk Emas: Kejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita... PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau emel ke nadiinsan@gmail.com
This entry was posted in Peluang. Bookmark the permalink.