PELUANG KERJAYA: SALES DALAM BIDANG KEWANGAN
SEJAUH MANA PELUANG DAN POTENSI YANG BOLEH DICAPAI?
Bidang sales (jualan) mempunyai banyak aspek menarik dan kelebihan yang boleh membuatnya menjadi pilihan kerjaya yang menarik. Kadangkala kita berminat nak buat bisnes namun cabaran dalam bisnes bukan calang-calang. Banyak aspek yang perlu diambil kira, modal, logistik, risiko yang perlu dihadapi dan lain-lain lagi.
Bidang sales (jualan) boleh dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai kerjaya pilihan kerana ciri-ciri fleksibiliti yang ada dan potensi yang kita boleh dicapai.
Berikut adalah beberapa kelebihan dan apa yang “best” tentang bidang sales:
- Potensi Pendapatan Yang Tinggi
Salah satu tarikan terbesar dalam bidang sales ialah potensi pendapatan yang tinggi, terutama melalui komisen dan bonus berdasarkan prestasi. Pendapatan anda boleh meningkat selari dengan usaha dan kejayaan anda dalam menjual produk atau perkhidmatan.
Perlu difahami, bidang jualan bukanlah bidang yang mudah. Perlu melatih mindset yang betul dan ketegaran berdepan penolakan. Perlu pandai menyesuaikan diri, pandai memujuk dan pandai mengambil hati bakal pelanggan.
- Kebebasan dan Fleksibiliti
Banyak pekerjaan dalam bidang sales menawarkan fleksibiliti masa dan kebebasan untuk mengatur jadual kerja sendiri. Ini membolehkan anda menyeimbangkan di antara kerja dan kehidupan peribadi dengan lebih baik.
- Perkembangan Kerjaya
Bidang sales menawarkan banyak peluang untuk perkembangan kerjaya. Anda boleh bermula sebagai eksekutif jualan dan naik pangkat ke posisi pengurusan seperti pengurus agensi yang menguruskan kumpulan dan menikmati hasil daripada jualan peribadi dan kumpulan.
- Kemahiran yang Bernilai
Bekerja dalam bidang sales membantu anda mengembangkan kemahiran yang bernilai seperti komunikasi, rundingan, pengurusan masa, dan penyelesaian masalah. Kemahiran ini adalah “transferrable” dan sangat berguna dalam banyak bidang lain.
- Interaksi dengan Orang
Jika anda suka berinteraksi dengan orang, bidang sales adalah sangat sesuai. Anda akan berpeluang berjumpa dan berkomunikasi dengan pelbagai jenis orang, yang boleh membantu memperluaskan rangkaian profesional dan peribadi anda.
- Cabaran dan Kepuasan
Bidang sales menawarkan cabaran yang boleh membawa kepada kepuasan yang tinggi apabila anda berjaya mencapai atau melebihi sasaran jualan. Kemenangan dalam menutup jualan atau mendapatkan pelanggan baru boleh menjadi sangat teruja dan memuaskan.
- Pelbagai Industri
Bidang sales adalah sangat luas dan terdapat peluang dalam hampir semua industri. Ini memberi anda fleksibiliti untuk memilih industri yang paling sesuai dengan minat dan kepakaran anda.
- Pengiktirafan dan Ganjaran
Banyak syarikat memberikan pengiktirafan dan ganjaran kepada pekerja sales yang berprestasi tinggi melalui anugerah, bonus, perjalanan insentif, dan faedah lain.
- Pembelajaran Berterusan
Bidang sales memerlukan anda untuk sentiasa belajar dan menyesuaikan diri dengan trend pasaran, teknik jualan baru, dan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Ini membantu anda sentiasa berkembang dan mengelakkan kebosanan dalam kerja.
- Peluang untuk Menjadi Usahawan
Pengalaman dan kemahiran dalam bidang sales boleh menjadi asas yang baik untuk memulakan perniagaan sendiri. Ramai usahawan yang berjaya memulakan kerjaya mereka dalam bidang sales.
Dengan semua kelebihan ini, bidang sales boleh menjadi pilihan kerjaya yang dinamik, memuaskan, dan sangat menguntungkan.
Untuk makluman, penulis hanya terlibat dalam bidang sales dalam bidang kewangan sahaja (Takaful dan Pelaburan).
1) Memilik lesen dalam bisnes takaful mengikut sistem ALC.
– Sistem yang menguntungkan terutama kepada mereka yang berminat untuk menikmati hasil pendapatan daripada jualan peribadi dan jualan kumpulan produk-produk takaful, tiada birokrasi yang banyak seperti tempoh menunggu dan syarat kenaikan pangkat yang rendah dan mudah. Berkonsepkan sistem rakan kongsi yang kekal berkongsi keuntungan.
Syarat minima adalah SPM dengan lulus 5 matapelajaran.
Wajib lulus exam “Takaful Basic Examination”, TBE daripada Malaysian Takaful Association, MTA. Yuran exam: RM80.
Syarat2 kontrak yang lain.
2) Memiliki lesen sebagai Marketing Representative daripada “Securities Industry Development Corporation (SIDC) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Wajib lulus exam sebagai Marketing Representative oleh SIDC, yuran exam RM594.
– Memasarkan pelaburan saham patuh syariah dalam Bursa Malaysia melalui Private Mandate dan juga pelaburan unit amanah dalam dana-dana terpilih.
Kerjaya profesional “From Zero to Hero”.
Tugas kami sekadar berkongsi kaedah mencapai kejayaan & membimbing anda untuk memahami & menguasai rahsia kejayaan Takaful…
Anda boleh memilih untuk terlibat dalam salah satu bisnes di atas atau terlibat kedua-duanya sekali. Kedua-duanya memiliki kelebihan yang tersendiri dan pakej lengkap jika anda inginkan hasil yang pantas dan lumayan.
Dengan bisnes Takaful dan Pelaburan, kerjaya profesional anda bermula dari pendapatan sampingan kepada “Kerjaya Profesional”.
Sebenarnya tak kisah sama ada part time ataupun full time. Namun apakah matlamat ataupun sasaran kita. Kita perlu ada “aim” ataupun “goal setting”, barulah akan berjaya.
Jika kita part time, sekadar nak cari income tambahan, berapa yang kita nak? Jika kita nak jadikan takaful sebagai bisnes dan kerjaya profesional, berapa lama kita sasarkan masa untuk kita mencapai matlamat yang dihajati…
“Sharpen your knowledge & drive your own destiny…Nothing will stop u, build up your carrier now…”
Man jadda wa jada…dengan bidang ini, Kejar Akhirat…Dunia akan mengejar kita… Kongsi rahsia bersama saya…
Daftar segera sebagai Penasihat Takaful atau pun Marketing Representative…
Kami agresif mencari & membimbing Pengurus dan Penasihat Takaful untuk memasarkan produk Takaful Keluarga…
Peluang membina kejayaan & kekayaan terlalu cerah…
Dapatkan appointment untuk sesi penerangan kerjaya; potensi pendapatan dan peluang untuk anda Berjaya.
Nak tahu detail? Click link kat bawah
SAMBILAN/ SEPENUH MASA (PART TIME/ FULL TIME)