SOALAN LAZIM TENTANG FWD TAKAFUL

FWD Takaful? Tak pernah dengar pun sebelum ni, Syarikat Takaful baru ke?

Ya, FWD Takaful adalah syarikat Takaful terbaru dalam pasaran Malaysia. FWD Takaful mula beroperasi secara rasminya pada tahun 2019 selepas dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia mengambil alih lesen HSBC Amanah Takaful Malaysia Berhad.

Bagaimana kedudukan kewangan FWD Takaful?

FWD  Group menguruskan aset yang bernilai lebih daripada USD 30 Billion sehingga 31 Disember 2018. Aset-aset ini meningkat dari masa ke masa.

Di Malaysia pula, FWD memperkenalkan FWD Takaful Berhad di mana pemilikannya adalah 49%, KWSP 20% dan 30% JAB Capital Berhad. Disebabkan modal berbayar FWD yang kukuh, KWSP mendapat restu kerajaan untuk memegang pegangan saham sebanyak 20%.

Apa kelebihan FWD Takaful?

FWD Takaful tampil dengan pelan-pelan unik di pasaran untuk membantu rakyat Malaysia memiliki pelan takaful yang komprehensif dan membantu menyelesaikan masalah kewangan sewaktu diuji dengan musibah. Ini termasuk menawarkan pelan pertama di pasaran yang cover pekerjaan-pekerjaan berisiko tinggi seperti pasukan polis, bom, bomba, tentera, oil & gas dan juga mereka yang terlibat dengan sukan extreme.

Syarikat juga memperuntukkan peruntukan yang tinggi dalam pembangunan sistem digital untuk memberikan pelanggan dan agen-agen pengalaman baru dalam dunia takaful.

Bagi agensi takaful yang mementingkan syarikat patuh syariah pula, ini adalah satu peluang yang hebat di mana FWD Takaful adalah syarikat antarabangsa yang beroperasi 100% sebagai syarikat takaful dan terikat di bawah akta Islamic Financial Services Acts 2013, IFSA 2013. Ini dapat mengelakkan agen-agen daripada melibatkan diri dalam menawarkan pelan-pelan insurans konvensional dan mengelirukan pelanggan.

INFO LANJUT

FWD Takaful Berhad, No. Pendaftaran 200601011780 (731530-M) adalah pengendali takaful keluarga di Malaysia. Pemegang sahamnya adalah FWD Life Insurance Company (Bermuda) Limited (sebuah syarikat Kumpulan FWD), JAB Capital Berhad dan Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Malaysia (KWSP).

FWD Takaful akan memanfaatkan pengalaman pan-Asia FWD Group untuk membangunkan dan menawarkan penyelesaian takaful kepada pengguna di Malaysia.

MENGENAI KUMPULAN FWD

FWD Group merangkumi Hong Kong & Makau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Vietnam, Jepun dan Malaysia, menawarkan insurans hayat dan perubatan, insurans am, faedah pekerja, produk Takaful Syariah dan Keluarga di sebilangan pasarannya.

FWD difokuskan untuk mencipta pengalaman pelanggan yang segar, dengan produk yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang menitikberatkan pelanggan ini, FWD bertujuan untuk menjadi syarikat insurans pan-Asia terkemuka yang mengubah pandangan masyarakat terhadap insurans.

KEDUDUKAN KEWANGAN YANG KUKUH

FWD Group telah membeli kepentingan di dalam HSBC Insurance (Asia Pasific) Holdings Ltd di dalam HSBC Amanah Takaful Malaysia Bhd. Kemudiannya dijenamakan semula menjadi FWD Takaful Berhad.

Biarpun baru, FWD Takaful pastinya akan memberikan saingan dan nafas baru terhadap pelan-pelan takaful dan seumpanya di dalam pasaran takaful di Malaysia. Sebab itu, FWD Takaful mengeluarkan peruntukan yang besar dalam system digital untuk memberikan pengalaman baru kepada rakyat Malaysia sesuai dengan misinya “Changing the way people feel about Takaful”.

Berbicara tentang asal usul FWD, sebenarnya FWD adalah cabang perniagaan insurans bagi syarikat gergasi Hong Kong iaitu Pasific Century Group yang ditubuhkan di Asia pada tahun 2013.

Pacific Century Group mengambil alih perniagaan insurans daripada ING Group. N.V di seluruh Hong Kong, Macau dan Thailand. Ketika ini, FWD telah mengembangkanperniagaannya dan mempunyai cawangan di Malaysia,Hong Kong, Jepun, Macau, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura dan Vietnam.

Syarikat Pasific Century Group melabur sebanyak RM1.06 bilion untuk tempoh 5 tahun akan datang khusus untuk FWD Takaful di pasaran Malaysia.

By admin

Group Chief Managing Consultant -ALC Nadi Insan/ FWD Takaful Berhad Senior Marketing Representative -Astute Fund Management Berhad PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Risk Management (Takaful)/ Investment (Private Mandate & Unit Trust) Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign