Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Emas, Pelaburan Hartanah dan Pelaburan Saham
Berikut adalah Ringkasan Kelebihan dan Kekurangan Pelaburan Emas, Pelaburan Hartanah dan Pelaburan Saham (secara Individu atau melalui Private Mandate yang menggunakan khidmat kepakaran Fund Manager melalui “CMSL licensed by SC”)
Pelaburan emas.
Kelebihan:
– Aset Selamat: Emas sering dianggap sebagai pelaburan yang selamat dalam masa ketidakpastian ekonomi.
– Likuiditi Tinggi: Mudah untuk dijual dan ditukar kepada tunai.
– Pelindung Inflasi: Emas cenderung mengekalkan nilainya dalam jangka masa panjang dan dikatakan bebas daripada inflasi.
Kekurangan:
– Harga beli dan harga jual berbeza termasuk caj upah, design dan lain-lain.
– Pegang nilai dan menunggu dalam tempoh jangka masa yang lama untuk membuat keuntungan daripada nilai emas.
– Tiada Pendapatan Pasif: Tidak memberikan pendapatan tetap seperti sewa atau dividen.
– Risiko dicuri atau dirompak. Memerlukan kos tambahan pula untuk penyimpanan dan insurans.
– Harga yang tidak menentu: Harga emas boleh menjadi sangat volatil dalam jangka masa pendek.
Pelaburan Hartanah
Kelebihan:
– Pendapatan Pasif: Dapat memperoleh pendapatan daripada sewa secara berkala, sublet atau dijadikan homestay atau Airbnb.
– Penghargaan Modal: Nilai hartanah cenderung meningkat dalam jangka masa panjang.
– Pelindung Inflasi: Nilai hartanah biasanya meningkat seiring dengan inflasi.
Kekurangan:
– Kos permulaan yang tinggi: Membeli hartanah memerlukan modal yang besar, hutang jangka panjang. Dalam kebanyakan kes, hasil sewaan hartanah tidak dapat menampung bayaran ansuran hutang hartanah.
– Kos penyelenggaraan: Kos penyelenggaraan dan cukai hartanah perlu ditanggung.
– Kurang likuiditi: Sukar untuk menjual hartanah dengan cepat tanpa kehilangan nilai ditambah kos guaman, cukai dan lain-lain.
– Pegang nilai dan menunggu dalam tempoh jangka masa yang lama untuk membuat keuntungan daripada nilai hartanah. Dalam banyak situasi, nilai rumah bertanah lebih stabil berbanding nilai rumah kondominium kerana kebanyakan harga nilai rumah sekarang dimanipulasi oleh pemaju dan bukan mengikut nilai sebenar. Banyak kes, nilai harga rumah tidak meningkat malah ada yang semakin rendah setelah bertahun-tahun dimiliki.
Pelaburan Saham
Kelebihan Pelaburan Saham
Potensi Pulangan Tinggi:
– Saham mempunyai potensi untuk memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding dengan bentuk pelaburan yang lain seperti simpanan tetap atau bon. Yang menarik saham berpotensi untuk mencapai keuntungan jangka pendek atau tempoh jangka panjang.
Pendapatan Dividen:
– Sesetengah syarikat membayar dividen kepada pemegang saham, memberikan pendapatan tetap selain daripada potensi kenaikan harga saham.
Mudah Diurus:
– Dengan teknologi moden, membeli dan menjual saham menjadi lebih mudah melalui platform perdagangan dalam talian. Pembelian dan jualan saham kini dipermudahkan dan boleh dilakukan melalui pelbagai medium termasuk melalui computer atau pun melalui aplikasi dalam telefon pintar sahaja.
Diversifikasi:
– Pelabur boleh membina kepelbagaian portfolio pelaburan dengan membeli saham dari pelbagai sektor dan syarikat, yang dapat mengurangkan risiko.
Kecairan:
– Saham boleh dijual dengan mudah dan cepat, menjadikannya aset yang lebih cair berbanding dengan pelaburan seperti hartanah.
Hak Pemegang Saham:
– Pemegang saham biasanya mempunyai hak untuk mengundi dalam mesyuarat agung tahunan syarikat, memberikan mereka suara dalam urusan syarikat.
Risiko Pelaburan Saham
Volatiliti Pasaran:
– Harga saham boleh turun naik dengan ketara dalam jangka masa pendek, menyebabkan potensi kerugian jika dijual ketika harga rendah atau modal beku dalam tempoh menunggu harga unit saham meningkat dan membuat keuntungan. Sebab itu adalah dinasihatkan agar pelaburan saham tidak menggunakan duit keperluan atau duit kecemasan.
Risiko Syarikat:
– Prestasi saham bergantung kepada prestasi keuntungan syarikat. Jika syarikat mengalami masalah kewangan atau operasi, harga sahamnya boleh jatuh.
Risiko Ekonomi:
– Keadaan ekonomi yang buruk, seperti kemelesetan ekonomi atau krisis kewangan, boleh memberi kesan yang negatif kepada pasaran saham secara keseluruhan.
Risiko Geopolitik:
– Kejadian politik seperti peperangan, ketegangan perdagangan, atau perubahan polisi kerajaan boleh memberi kesan kepada pasaran saham.
Kekurangan Pengetahuan:
– Pelabur yang kurang pengetahuan atau pengalaman mungkin membuat keputusan pelaburan yang buruk, menyebabkan kerugian.
Psikologi Pasaran:
– Sentimen pasaran dan psikologi pelabur boleh menyebabkan turun naik harga saham yang tidak mencerminkan nilai sebenar syarikat.
Pelaburan saham boleh menjadi sangat menguntungkan. Ramai pelabur yang mahir membuat keuntungan berganda daripada pelaburan setiap bulan. Berbanding pelaburan yang lain, pelaburan saham memberikan keuntungan pantas terutama kepada mereka yang memiliki modal yang tinggi dan trade saham secara aktif setiap hari.
Namun bagi pelabur yang tidak mahir, risiko agak ketara. Adalah penting untuk pelabur mendapatkan ilmu dan kemahiran sebelum membuat pelaburan, memahami risiko sebelum membuat keputusan , membuat kajian yang teliti, dan mempertimbangkan diversifikasi untuk mengurangkan risiko. Sebaiknya, pelabur juga mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan yang berpengalaman sebelum membuat keputusan pelaburan.
Pelaburan Saham melalui Private Mandate sebenarnya adalah alternatif kepada mereka yang berminat membuat keuntungan dalam pelaburan saham.
Kelebihan Private Mandate:
– Pengurusan Profesional: Modal pelaburan diuruskan oleh pengurus pelaburan profesional yang bertauliah dan berpengalaman dimana Pengurus Dana diberi mandat untuk membuat keuntungan dengan melabur dalam kaunter-kaunter syariah terpilih di Bursa Malaysia.
– Diversifikasi: Kepelbagaian Portfolio pelaburan yang dapat mengurangkan risiko.
– Potensi Pulangan Tinggi: Dengan strategi yang betul, boleh mendapatkan pulangan yang tinggi.
– Telus. Pelabur boleh melihat prestasi hasil pelaburan secara telus dan lengkap setiap bulan melalui laporan berkala yang diterima setiap bulan. Semua kaunter saham, nilai prestasi portfolio semasa dan caj yag dikenakan dapat dilihat dengan jelas.
– Pemantauan pelaburan dan tindakan jua beli pelaburan dibuat secara berterusan oleh Pengurus Dana khusus yang dilantik.
– Keuntungan atau capital pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dalam tempoh 5 hingga 7 hari bekerja. Namun tempoh saranan pelaburan terbaik yang disarankan adalah di antara 3 hingga 5 tahun untuk melihat peningkatan jumlah keuntungan yang berganda.
Kekurangan:
– Jumlah minimum bagi pelaburan tunai adalah RM50,000 dan jumlah minimum bagi pelaburan melalui KWSP adalah RM30,000. Satu jumlah yang agak besar bagi sesetengah orang. Bagi mereka yang memiliki modal yang lebih rendah boleh mulakan pelaburan dalam unit amanah terlebih dahulu.
– Risiko Pasaran: Terdedah kepada turun naik pasaran saham dan sekuriti. Namun risiko ini dapat dikurangkan apabila setiap pelaburan dan pemantauan dilakukan oleh Pengurus Dana yang dilantik.
Kesimpulan
Pilihan terbaik bergantung kepada matlamat kewangan, toleransi risiko, dan jangka masa pelaburan anda:
– Private Mandate: Sesuai untuk pelabur yang mencari diversifikasi dan sanggup membayar yuran pengurusan untuk potensi pulangan tinggi.
– Hartanah: Pilihan yang baik untuk pendapatan pasif dan penghargaan modal jangka panjang, tetapi memerlukan modal besar dan komitmen jangka panjang.
– Emas: Bagus sebagai aset selamat dan pelindung inflasi, tetapi tidak memberikan pendapatan tetap dan boleh volatil.
Setiap pelaburan mempunyai risiko dan kelebihannya yang tersendiri, jadi penting untuk membuat kajian dan, jika perlu, berbincang dengan penasihat kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi saya atau dapatkan terus temujanji untuk perkongsian yang lebih jelas dan terperinci.
Nota:
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin melabur atau menceburi bidang kewangan sebagai kerjaya sepenuh masa/ separuh masa. Sila hubungi saya untuk dapatkan sesi penerangan yang lebih terperinci.
Kenyataan Penafian:
Penulisan ini adalah bertujuan memberikan maklumat berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi penulis.
Sebarang pendapat yang dinyatakan dalam penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pandangan pakar atau penasihat kewangan.
Tiada sebarang jaminan pulangan dalam pelaburan.
Prestasi pulangan semasa tidak menjamin prestasi pulangan di masa hadapan.
Kenal pasti penerimaan risiko anda sebelum membuat keputusan pelaburan.
Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan atau bisnes bersama Nadi Insan…Klik link kat bawah ni ye…
https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://alcnadiinsan.wasap.my/
https://alcnadiinsan.wasap.my/