Tidak kira berapa umur kita, di mana kita berada atau apa yang kita lakukan untuk hidup, kita semua berkongsi sesuatu yang sama-keinginan untuk berjaya dan bahagia.

Setiap kita mempunyai keperluan yang berbeza, keinginan dan perspektif hidup yang tersendiri.

Itulah yang menjadi sebab mengapa takrifan tentang kejayaan setiap kita berbeza.

Bagi sesetengah orang, itu semua berkisar tentang bagaimana membuat wang, mencapai pencapaian tertinggi dalam kerjaya, mencapai pangkat dan kemasyhuran, manakala ada juga yang mentakrifkan kejayaan dalam bentuk cinta dan keluarga bahagia.

“Testimoni kejayaan di hadapan  mata kita adalah bukti bahawa kita juga mampu mencapai kejayaan yang besar”.

Namun, ianya tidak berlaku secara kebetulan – ia berlaku secara pilihan.  Terdapat banyak strategi dan petua tentang bagaimana nak berjaya dalam hidup. 

Sudah pasti, ada tabiat tertentu yang harus kita pupuk, latih dan digembleng bersama untuk mencapai kejayaan.

Di antara senarai tabiat baik yang akan membantu kita untuk terus maju dalam hidup:

 1. Mempunyai kekuatan kehendak

 Kejayaan hanya dapat dicapai dengan kemahuan yang kuat.  Sekiranya keinginan kita  cukup kuat maka kita pasti akan menemui jalan untuk terus mencapai matlamat.  

Orang yang berjaya tidak lebih kuat daripada yang lain, dan mereka tidak semestinya lebih pintar daripada yang lain, tetapi mereka mempunyai lebih banyak motivasi daripada yang lain.  

Lebih-lebih lagi, mereka mempunyai keinginan yang kuat untuk mencapai tujuan mereka.  Cara terbaik untuk memperkuatkan kehendak kita adalah menjadikannya satu kebiasaan dalam hidup.

 2. Disiplin dan konsistan

 Disiplin diri dan konsistan adalah keupayaan mengawal dan memotivasi diri sendiri secara berterusan untuk melakukan perkara yang bermanfaat.  

Ini berlaku dalam semua aspek kehidupan – dari minda ke badan hingga ke jiwa dan ke akaun bank anda.  

Ia boleh menjadi tugas yang sukar untuk dikekalkan tetapi pasti merupakan kunci kejayaan.

 3. Tekun, Terus melangkah dengan pasti

Kerajinan adalah kunci kejayaan. Kadangkala ada waktu tertentu dalam hidup di mana kita akan merasakan bahawa dunia ini sudah hilang serinya. Alam sudah tidak lagi berwarna, yang ada hanyalah warna kelabu, kusam dan kesedihan yang menyelubungi hidup. 

Kadang-kadang hidup berantakan dan boleh di luar kawalan, kadang-kadang apa saja yang kita lakukan seakan-akan menjadi perkara yang salah dan kita tahu bahawa itu adalah kesalahan diri sendiri.  Selalu ada perubahan yang tidak dijangka dalam hidup tetapi apa yang memisahkan kejayaan dan kegagalan itu adalah satu perkara – iaitu ketabahan.  

Ketekunan adalah kemampuan untuk terus berjalan walaupun kita menghadapi kekecewaan dan itulah yang dapat menghasilkan natijah yang berbeza.  

Kejayaan terhasil daripada komitmen kita untuk mencapai matlamat dan kebolehan untuk mempercayai dan meyakini diri sendiri.

Orang yang berjaya tidak pernah berhenti, orang yang berjaya hadapi dan nikmati segala proses dan terus melangkah membina kejayaan peringkat demi peringkat.

 4. Jangan takut mengambil risiko

 Orang yang berjaya tidak takut mengambil risiko dan inisiatif baru.  Setiap kita mempunyai pilihan.  Kita  mesti pilih untuk bertindak dengan berani!  Jangan sempitkan  pemikiran, bermimpi lah kejayaan yang besar, bersedia dan pasrah berhadapan dengan segala kemungkinan dan bersedia untuk melepaskan apa sahaja untuk memenuhi cita-cita impian.

 5. Jadilah pengikut yang baik, pilih dan ikuti pemimpin yang ikhlas dan hebat!!!

Kita senantiasa dikelilingi oleh pelbagai jenis dan ragam manusia. Ada yang mendorong kita untuk berjaya dan membawa kegembiraan, dan ada juga yang menghalang dan menghabiskan tenaga kita.  

Berada di sekitar orang yang positif membersihkan negatif dan mewujudkan lebih banyak ruang untuk tenaga positif. Malah orang yang positif akan menolong kita melihat dan percaya segala usaha kita akan membuahkan hasil.  Mereka akan mendorong kita untuk mempercayai bahawa kita boleh capai apa sahaja sekiranya kita berusaha dengan bersungguh-sungguh. Oleh itu, cara kita berfikir  amat penting dan benar-benar dapat membantu kita untuk berjaya.

Justeru percayalah dengan apa yang anda yakini dan usahalah bersungguh-sungguh.

Kejayaan itu milik mereka yang rajin usaha dan tidak kenal erti putus-asa, penat dan lelah.

By admin

Group Chief Managing Consultant -ALC Nadi Insan/ FWD Takaful Berhad Senior Marketing Representative -Astute Fund Management Berhad PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Risk Management (Takaful)/ Investment (Private Mandate & Unit Trust) Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign