Buat untung dengan saham: Melabur sendiri atau melalui Private Mandate?
Pelaburan saham adalah salah satu bentuk pelaburan yang popular di kalangan pelabur. Pelaburan saham itu sendiri unik dan terbuka luas melampaui sempadan.
Saya sendiri berminat dalam pelaburan saham kerana ciri-ciri yang ada padanya, potensi dan keunikan yang memberikan keseronokan yang tersendiri. Namun saya hanyalah “retailer” kecil, pelabur amatur yang tidak begitu mahir. Pengalaman saya lebih kepada “sales”, “risk management” dan “marketing”. Menawarkan sesuatu yang memberikan manfaat kepada pelanggan melalui entiti yang diiktiraf oleh BNM dan SC.
Sekadar berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman dan dalam masa yang sama membuka ruang untuk pembaca mengenali saham secara general dan melihat peluang pelaburan saham melalui “Private Mandate” sebagai alternatif.
Pengalaman saya dalam saham setakat ini hanyalah terlibat dalam Bursa Malaysia secara kecil-kecilan.
Ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman peribadi setakat ini;
Berbanding dengan pelaburan-pelaburan yang lain, pelaburan saham memberikan fleksibiliti dari sudut masa iaitu kebebasan masa yang diperuntukkan untuk trade saham, dan juga masa yang pantas untuk kita membuat keuntungan. Kebanyakan pelaburan-pelaburan yang lain lebih bersifat beli dan “hold value” dalam tempoh jangka masa yang panjang sehingga nilai meningkat dan memberikan keuntungan.
Potensi pulangan pelaburan saham pula amat tinggi namun ada risiko yang perlu diambil kira dan difahami.
Di samping itu juga aset dalam bentuk saham ini lebih mudah untuk dicairkan terutama apabila diperlukan atau bila kita ingin ambil keuntungan.
Dan sudah pasti hasil pelaburan saham juga tidak dikenakan cukai (income tax), ini adalah bonus kepada semua pelabur. Keuntungan pelaburan saham dikecualikan cukai kerana ianya adalah keuntungan modal (Capital Gain Tax).
Di peringkat awal, saya cukup takut untuk trade saham sebab tidak tahu asas dan maklumat kaunter mana yang patut dibeli dan bila waktu yang sesuai di mana kita dapat membeli pada harga yang rendah. Risiko takut tersalah membeli dan risiko kerugian itu sentiasa bermain dalam fikiran.
Berkaitan syariah pula kita tidak perlu bimbang apabila kita hanya membuka akaun CDS yang patuh syariah dan hanya dibenarkan melabur di dalam kaunter2 yang patuh syariah sahaja.
Pendek cerita, akhirnya saya beranikan diri juga untuk trade saham, peringkat awal saya mulakan dengan membeli kaunter-kaunter yang disarankan oleh sahabat saya, ketika ini baru faham, memang ada risiko yang tersendiri. Sebab itu kita perlu ada info berkaitan kaunter2 yang selamat. Study pattern dan ambil tahu tentang bila harga rendah dan bila harga tinggi. Walau pun saya mulai dengan hanya membeli kaunter-kaunter yang disarankan, saya tetap mengalami kerugian pada peringkat awal kerana tidak tahu harga per unit yang sepatutnya saya beli. Dalam masa yang sama saya jadi cepat emosi dan terus jual dalam masa beberapa hari demi mengelakkan kerugian yang lebih tinggi.
Selepas mendapat nasihat barulah saya fahami sebenarnya mengalami kerugian itu adalah perkara biasa dalam jual beli saham.
Dalam saham kita akan rugi jika tidak sabar. Kerugian sebenar dalam saham hanyalah bila kita jual pada harga yang rendah berbanding harga ketika membeli.
Waktu inilah saya mula belajar beberapa perkara asas teknikal, pattern, chart, indicator dan lain-lain. Belajar memahami erti “hold’, simpan nilai2 saham ini sehinggalah kaunter tersebut “rebound” atau senang faham berlaku kenaikan nilai unit saham. Kecuali jika kita ingin “cut loss’ untuk elakkan kerugian yang lebih besar atau ada ketikanya sengaja jual untuk ambil modal untuk dilaburkan di kaunter2 yang lebih menguntungkan. Ketika inilah kita pilih nilai rugi yang kita sanggup terima untuk membuat keuntungan yang lebih besar.
Secara peribadi dulu saya cukup terkilan kerana tidak jumpa pelaburan yang boleh memberikan keuntungan melebihi 10% setahun. Cukup teruja dengan dividen pelaburan daripada Koperasi Bank Rakyat yang memberikan keuntungan sehingga 15%-20% setahun. Cukup tinggi bagi saya. Bayangkan ada kenalan saya yang pergi melancong keluar negara bersama keluarga setiap tahun menggunakan duit dividen daripada Koperasi Bank Rakyat sahaja.
Malangnya sehingga kini pelaburan tersebut sudah ditutup untuk pelabur baru dan pelaburan sedia ada saya hanyalah dalam nilai yang kecil sahaja.
Apabila berjinak dengan saham, barulah disedari trade saham sendiri sebenarnya jauh lebih menguntungkan, rata-rata trader saham yang berpengalaman boleh mencapai keuntungan sehingga 10%-45% malah ada yang lebih tinggi, bergantung kepada jumlah modal, kekerapan dan kecekapan seseorang. Untuk saya, cukuplah setakat ini dapat membayar installment kereta dan sedikit duit belanja, cari keseronokan dalam pelaburan saham. Mugkin satu hari nanti akan tingkatkan lagi pelaburan bila ilmu, kemahiran dan keberanian meningkat.
Dilema yang saya ada setakat ini adalah keberanian. Lebih besar jumlah unit yang kita beli lebih besar potensi keuntungan dan dalam masa yang sama juga lebih besar potensi untuk mengalami kerugian. Risiko yang saya sendiri tidak berani ambil setakat ini kerana faktor kekurangan masa dan ruang untuk fokus kepada analisa, monitoring dan sebagainya.
Ini kerana saya sibuk fokus kepada sales takaful dan pelaburan private mandate, unit amanah dan dalam masa yang sama merekrut team dan menguruskan “Million Dollar Agency”.
Lebih santai trade dalam jumlah yang kecil kerana senang buat untung dan jika rugi, jumlah tersebut cepat dan mudah nak cover balik melalui keuntungan trade dalam kaunter2 yang lain.
Setakat ini, jika pelaburan melibatkan jumlah yang besar, saya lebih yakin untuk meletakkan pelaburan saya melalui Private Mandate kerana pelaburan ini diuruskan oleh Pengurus Dana yang bertauliah dan professional, berpengalaman luas dalam membuat keuntungan kepada pelabur.
Pelaburan saham sebenarnya boleh menjadi sangat menguntungkan tetapi dalam masa yang sama juga berdepan dengan risiko yang ketara. Sebagai pelabur, adalah penting untuk kita memahami risiko ini, membuat kajian yang teliti dan mempertimbangkan diversifikasi untuk mengurangkan risiko. Sebaiknya kita memiliki tempat rujukan atau pun mendapatkan nasihat daripada remizer saham bertauliah atau pun merujuk kepada mereka yang mempunyai rekod yang baik dalam pelaburan saham.
Dilemanya adalah sukar untuk berjumpa dengan mereka yang betul2 sudi membantu kita dalam hal ini.
Sebab itu bagi mereka yang berminat membuat keuntungan melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia patut mempertimbangkan untuk melabur saham melalui Private Mandate.
Secara ringkas, Private Mandate ini diuruskan oleh CMSL (Capital Markets Services Licence) Licensed Holder oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. “Licensed Unit Trust Management & Licensed Asset Management Company”.
Sebagai tambahan, syarikat juga adalah Institusi Pengurusan Dana yang diluluskan di bawah pelaburan KWSP (approved Fund Management Institution under the Employee Provident Fund’s Member Investment Scheme “EPF-MIS”).
Pelaburan Private Mandate ini boleh dilakukan melalui “Marketing Representatives (MR) yang berdaftar melalui Suruhanjaya Security Malaysia.
Siapakah yang sesuai untuk melabur di dalam Private Mandate ini?
Mereka yang memiliki suntikan modal atau jumlah pelaburan minimum RM50,000 untuk pelaburan tunai atau RM30,000 untuk pelaburan melalui KWSP daripada akaun 1.
Bagi mereka yang kekurangan modal pula boleh mulakan pelaburan melalui Dana Unit Amanah di mana minimum pelaburan adalah sebanyak RM1000 sahaja. Kumpul secara berperingkat sehinggalah jumlah dana mencapai jumlah minimum untuk dilaburkan di dalam Private Mandate.
Mereka yang sibuk, tiada masa dan tiada keberanian untuk mengambil risiko namun berminat membuat keuntungan yang tinggi melalui pelaburan saham di Bursa Malaysia juga patut pertimbangkan Private Mandate sebagai medium pelaburan.
Secara ringkasnya, Pengurus Dana Private Mandate ini adalah pengurus dana bertauliah yang dilantik oleh “Licensed Asset Management Company”.
Mereka mempunyai kepakaran dan pasukan untuk melakukan pelaburan bagi pihak kita di mana kita bersetuju memberikan mereka “mandate” untuk trade kaunter saham di Bursa Malaysia melalui akaun CDS yang didaftarkan di atas nama kita bagi pihak kita.
Memantau harga, membuat analisa, memilih, membeli dan menjual saham bagi pihak kita, melakukan pemantauan yang berterusan untuk membuat keputusan pelaburan yang betul.
Mereka juga membangunkan strategi pelaburan dan menguruskan pelaburan berkenaan secara aktif untuk menjana keuntungan maksimum.
Membuat keputusan yang pantas berkaitan waktu yang sesuai untuk membeli, menjual, “hold”, “cut loss” dan “lock profit”.
Yang paling best pelaburan melalui Private Mandate ini cukup telus dan “transparent” di mana pelabur menerima “investment statement” setiap bulan melalui email dan boleh memantau kaunter-kaunter saham yang dibeli atau dijual, “realised” atau “unrealised profit”.
Gambarajah di bawah adalah gambarajah ringkas tentang bagaimana pelaburan melalui Private Mandate beroperasi.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi saya atau dapatkan terus temujanji untuk perkongsian yang lebih jelas dan terperinci.
Nota:
Saya mengalu-alukan mereka yang ingin melabur atau menceburi bidang kewangan sebagai kerjaya sepenuh masa/ separuh masa. Sila hubungi saya untuk dapatkan sesi penerangan yang lebih terperinci.
Nak tahu lebih lanjut tentang pelaburan atau bisnes bersama Nadi Insan…Klik link kat bawah ni ye…
https://alcnadiinsan.wasap.my/
https://alcnadiinsan.wasap.my/
Penafian:
Penulisan ini adalah bertujuan memberikan maklumat berdasarkan pandangan dan pengalaman peribadi penulis.
Sebarang pendapat yang dinyatakan dalam penulisan ini adalah pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak boleh dianggap sebagai pandangan pakar atau penasihat kewangan.
Tiada sebarang jaminan pulangan dalam pelaburan.
Prestasi pulangan semasa tidak menjamin prestasi pulangan di masa hadapan.
Kenal pasti penerimaan risiko anda sebelum membuat keputusan pelaburan.