Siapa yang tak suka senang, kaya? Semua orang suka…
Alang-alang berimpian nak jadi senang & kaya, jadilah Insan Kaya Bertaqwa…
Semuanya bermula dengan niat…

Justeru marilah kita tanamkan niat Kejar Akhirat, Dunia akan Mengejar Kita…
Impian saya jelas & jitu, semoga Allah membantu merealisasikannya…

Ramai yang beranggapan buat Takaful ni susah. Betul ke? Bergantung kepada diri masing-masing…
Saya tak pernah berjumpa orang yang berjaya tanpa melalui jalan usaha & istiqamah…lain la kalau ada family background yang kaya…

Saya takut kerja yang senang tidak bertahan lama2, lebih-lebih lagi jika tidak mematuhi syariah…
Ramai di kalangan kita kadangkala saya lihat dengan mudah melabur ke dalam bisnes yang tak pasti…

Ada sahabat berkata:Cuba renungkan…

Tembok cina tak dibuat dlm masa sebulan
Piramid giza bukan kerja 5 hari
Sampai sekarang masih wujud lagi selepas beribu tahun
Ada benda yg siap sebulan tapi masih kekal selepas 100 thn?

Cuba kita renungkan Surah Al-Ghasyiah ayat 17-20:

Tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan
Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya.?
Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan?
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan

Sebenarnya Allah SWT suruh kita berfikir, tidakkah hebat unta yang membawa barang dagangan ketika terik matahari di padang pasir tanpa makan & minum?

Langit yang terbentang luas

Gunung-ganang yang yang kukuh

Bumi yang hebat menampung & bersabar dengan penghuninya…

Sebenarnya kerjaya Takaful mempunyai potensi yang luar biasa; sepertimana yang diperkatakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz di dalam Utusan Malaysia:

“Sekarang telah muncul satu perniagaan alaf baru yang canggih, yang tidak menggunakan modal tetapi mendapat keuntungan berlipat kali ganda iaitu dalam industri insurans/ takaful.”

Seronok buat takaful ni…

Pertamanya sebab pendapatan lumayan; tiap-tiap hari naik gaji, berpanjangan pulak tu…

Seterusnya nilai-nilai kemanusiaan & keperluan…
Di antaranya:

Menyediakan Pendapatan Gantian buat Insan Tersayang…Sekurang-kurangnya Setahun:

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antaramu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, iaitu diberi nafkah hingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya)….”
-Surah al-Baqarah: 240

Terbaik Sediakan 7 Tahun Pendapatan:
“”Hasil tujuh tuaian yang baik disimpan untuk digunakan dalam tujuh tahun yang meleset ”
-Tafsir Surah Yusof:46-48

Malah seseorang itu wajib menyertai takaful jika tidak mampu menyelesaikan hutang dan tiada pihak yang berjanji untuk melangsaikannya jika sudah tiada. Takaful sebagai alternatif..

“Jiwa seorang mukmin tergantung di antara langit dan bumi sehinggalah hutangnya dilunasi”
-Hadis riwayat Ahmad, Ibn Hajar, At-Tarmizi

Pada pandangan saya, sebenarnya “Polisi Takaful merupakan surat cinta teragung yang ditulis sebagai tanda cinta & kasih seseorang terhadap keluarganya”

Untuk menjadikan kerjaya takaful ini sesuatu yang indah, konsultan takaful perlu memiliki beberapa syarat:

Syarat kerja adalah ibadah (aspek agen takaful)

1.0 Niat ikhlas kerana Allah
2.0 Kerja yang halal – iaitu produk Takaful
3.0 Itqan – buat sehabis baik
4.0 Mematuhi syariah – produk takaful

Info dari Ustaz Haji Mohd Zamri bin Hj. Mohd Zainuldin
Konvesnyen Takaful PWTC 18 Jun 2011

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign