image

Saya memilih untuk berjaya di dalam Industri Takaful bukan kerana ianya bidang yang terbaik untuk semua orang, cuma ianya adalah terbaik untuk diri saya. Bagi yang memiliki modal pusingan yang tinggi, rangkaian networking yang bagus, apatah lagi jika perniagaan warisan, mungkin anda berpeluang untuk kaya & berjaya lebih pantas & menguntungkan daripada bidang ini.

Secara peribadi, kita berhak untuk berjaya di dalam apa jua perniagaan yang kita ceburi. Namun, kadangkala banyak juga faktor yang perlu diambilkira;
• Modal pusingan & tempoh pulangan/ profit.
• Kemampuan dalam persaingan
• Kemudahan sumber ilmu & perkongsian kepakaran.
• Mentor yang ikhlas memberi nasihat & tunjuk ajar.
• Networking
• Daya saing perniagaan dalam jangka panjang.
• Biz Partner
• Lain2.

Bidang Takaful merupakan bidang perniagaan yang kelima yang saya ceburi. Saya serius setelah mengkaji melalui proses ketegaran di dalam pengalaman lalu yang tidak memberi pulangan yang saya impikan. Terlalu banyak ketidakadilan dari segi harga modal & harga penawaran, persaingan yang tidak sihat, kebocoran maklumat perniagaan, sabotaj, masalah rakan kongsi, pekerja dan lain-lain lagi yang kadangkala membawa kepada kepupusan modal & hilang motivasi untuk bertahan.

Apa yang membuatkan saya kurang sabar adalah tempoh mendapatkan kembali modal yang dilaburkan seterusnya mendapat hasil/ profit dalam tempoh jangkaan seperti yang diharapkan.

Saya selalu berkongsi dengan rakan-rakan; kita hanyalah peniaga biasa yang tidak berbeza dengan pekerja bergaji sekiranya pendapatan yang kita perolehi tidak meningkat dari masa ke semasa. Kita perlu menjadi usahawan/ saudagar perniagaan yang mampu berkembang.

Malahan mustahil untuk mengharapkan hasil yang berbeza dengan hanya mengulangi tindakan yang sama.

Industri Takaful berjaya memikat hati saya & menyangkal semua masalah & halangan yang dihadapi di dalam perniagaan sebelum ini.

Saya bermula dan berjaya melalui Takaful di mana saya mampu bangun kembali memyelesaikan semua hutang lampau & berjaya membina empayar yang gilang gemilang.
• Tiada lagi masalah modal.
• Tiada lagi masalah persaingan, sabotaj yang tidak boleh dikawal.
• Potensi yang tinggi & peluang yang terbuka luas asal ada kemahuan, usaha & sabar untuk berjaya.

Kini peluang untuk berjaya jauh lebih mudah dan pantas apabila Takaful mula menawarkan sistem agensi korporat (ALC) di mana setiap agen boleh terus mendapat kenaikan pangkat dalam masa yang pantas dengan syarat dan kriteria yang jauh lebih mudah dan tersusun.

Jika sistem agensi yang lama, setiap agen wajib berkhidmat minimum 24 bulan servis sebagai agen dan perlu capai beberapa kriteria yang amat ketat.

FWD Takaful juga menawarkan pelbagai produk yang memenuhi kehendak Rakyat Malaysia & memudahkan agensi untuk bekerja:
Produk Penyakit Kritikal Untuk Seisi Keluarga dengan harga yang murah, Pelan hibah dan lain-lain.

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

NazriNadiInsan
MDA Coach

https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://ALCNadiInsan.wasap.my

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign