Jaminan Kejayaan dan Kebahagiaan Berkekalan

 

Apakah Jaminan Kejayaan dan Kebahagiaan Berkekalan?
Ada orang tanya, apakah jaminan kejayaan dan kebahagiaan akan berkekalan?
Saya tersenyum mendengar soalan…
Tiada jaminan, jawab saya. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia segala rahsia.
Kita usaha selagi ada daya, kita berdoa pohon kepada yang Maha Esa…
Dalam hidup, sudah pasti banyak yang kita nak capai, banyak impian yang belum tertunai..
Hakikat semuanya tinggal usaha, sia2 jika dijemput Ilahi sebelum tiba masa yang kita jangka.
Apakah jaminan kejayaan?
Nasihat guru saya. Jangan tinggal amalan ini, jika Allah izinkan, impian kita pasti terlaksana…
Jika ajal tiba, kejayaan Akhirat pasti milik kita…

Kata guru saya tetapkan lidah, tetapkan hati istiqamah sepanjang masa beristighfar & senantiasalah mengucapkan kalimah La ilaha ilLAllah (لا اله الا الله )

Sepertimana yang disebut oleh Imam al-Ghazali, cara mati seseorang mukmin itu ditentukan oleh cara hidupnya. Begitu juga cara seseorang itu dibangkitkan akan ditentukan oleh cara kematiannya. Hakikat yang perlu diterima oleh manusia, setiap yang bernyawa akan menemui ajalnya. Semoga kalimah ini akan kekal bersama kita ketika hidup dan mati kita.

Seterusnya kata guru saya lagi, tetapkan diri membaca
لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ

Rasulullah SAW bersabda : “Siapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan”. (Hadis Riwayat Tabrani)

Seterusnya kata guru saya lagi, istiqamahlah bersolawat kerana dengan bersolawat akan mendapat syafaat Nabi Muhammad SAW

Dari Anas bin Malik beliau berkata bahwa Rasulullah bersabda,

‎مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً ، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطياتٍ ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Barangsiapa yang mengucapkan shalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bershalawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh derajat/tingkatan (di surga kelak)”. (HR. Ahmad)

Dalam hadits lain dari Ibnu Mas’ud , bahwasannya Rasulullah bersabda :

‎أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً

“Orang yang paling berhak mendapatkan syafa’atku pada hari kiamat adalah, yang paling banyak shalawat kepadaku” [HR Tirmidzi, no.484].

Seterusnya tetapkan dengan doa. Yang paling utama penghulu segala doa…

‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
“Ya Allah, berikanlah kepada Kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat dan lindungilah Kami dari siksa neraka.” (QS. al-Baqarah : 201).

Sharing is caring

-NazriNadiInsan

About admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Memetik tafsir Surah Yusuf: 46-48 bagi Perancangan Kewangan Islam: "Hasil tujuh tuaian yg baik disimpan utk digunakan dalam tujuh tahun yg meleset". Takaful > Lubuk Emas: Kejar Akhirat, Dunia akan mengejar kita... PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau emel ke nadiinsan@gmail.com
This entry was posted in Peluang. Bookmark the permalink.