Kadang2 saya hairan dengan mereka yang tidak mahu membayar hutang…

Tak kira kecil atau besar, hutang tetap hutang.

Hutang akan membelenggu hidup seseorang yang berhutang bukan sekadar di akhirat malah di dunia lagi…

Saya yakin hidup seseorang yang tidak melunaskan hutang dan mengelak daripadanya akan dipenuhi dengan kesusahan dan ujian. Disempitkan rezeki dan tidak beroleh ketenangan…

Bagi mereka yang ingin dipermudahkan hidup dan dipermudahkan rezeki, mulakan dengan lunaskan hutang terutama apabila melibatkan mereka yang tidak redha dan teraniaya sekian lama.
Sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu amat mustajab doanya…

Kasihan saya melihat rakan2 yang telah membantu memberi hutang namun tidak dilunasi sehingga ke hari ini…

Ancaman terhadap mereka yang tidak mahu berusaha melunasi hutang disebut dengan jelas di dalam Al-Quran dan hadis…

Allah SWT memerintahkan orang yang beriman untuk mencatat segala hutang dan masa bayarannya. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا تَدَايَنتُم بِدَيْنٍ إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى فَاكْتُبُوهُ ۚ وَلْيَكْتُب بَّيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar).

(Surah al-Baqarah: 282)

Selain itu, terdapat banyak hadith yang menerangkan tentang ancaman terhadap golongan yang sengaja enggan membayar hutang dan tidak berusaha untuk melunaskan hutangnya tersebut.

Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَ مَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

Maksudnya: Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya.

Hadith riwayat al-Bukhari: (2387)

Rasulullah SAW juga bersabda:
أيُّما رجلٍ يَدَّينُ دَينًا وهو مجمعٌ أن لا يوفِّيه إيَّاه لقي اللهَ سارِقًا

Maksudnya: Sesiapa sahaja yang berhutang lalu berniat untuk tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari Kiamat) sebagai seorang pencuri.

Hadith riwayat Ibn Majah: (1969)

Disamping itu, hutang akan dibayar kepada si pemiutang dengan pahala amal kebajikan si penghutang di akhirat kelak. Rasulullah SAW bersabda:
وَ مَنْ مَاتَ وَ عَلَيْهِ دَيْنٌ فَلَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلَا دِرْهَمٌ وَلَكِنَّهَا الحَسَنَاتُ وَ السَيِّئَاتُ

Maksudnya: Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka di hari Akhirat tidak ada lagi urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan.

Hadith riwayat Abu Daud: (3597)

Jiwa orang yang berhutang akan tergantung selagimana dia tidak melunaskan hutangnya terlebih dahulu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW:
نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.

Hadith riwayat Tarmidzi: (1079)

Dosa berhutang tidak terampun kecuali dihalalkan oleh si pemiutang tersebut walaupun mati sebagai mati syahid. Rasulullah SAW bersabda:
يُغْفَرُ لِلشَّهِيدِ كُلُّ ذَنْبٍ إلَّا الدَّيْنَ

Maksudnya: Diampunkan semua dosa bagi orang yang terkorban mati syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia).

Hadith riwayat Muslim: (1886)

Justeru bersegeralah membayar hutang bermula hari ini.
Bagi mereka yang dibelenggu kesusahan dan tidak mampu untuk membayar hutang, buangkan segala perasaan dan citarasa.
Carilah dan ceburilah sesuatu bidang yang mampu menjana pendapatan tinggi.

Wujud pelbagai kaedah untuk penyelesaian hutang ini. Namun apa saya kongsikan di sini adalah satu daripada kaedah berdasarkan ilmu dan pengetahuan saya dan peluang yang saya boleh tawarkan berdasarkan kebolehan yang Allah beri:

1) Bagi mereka yang memiliki pendapatan yang tidak mencukupi atau pun sekadar cukup untuk belanja sara hidup, sukar untuk berkorban membayar hutang kecuali hutang bank yang dipaksa dan dikenakan tekanan ke atasnya. Justeru sudah tiba masanya untuk kita memaksa diri mencari pendapatan tambahan.

Salah satu bidang terbaik adalah bidang takaful melalui struktur Sistem ALC Nadi Insan. Berikan masa dan usaha yang diperlukan, Nadi Insan bantu anda memahami dan menguasai bidang ini dengan teratur dan berkesan. Malah anda amat beruntung menyertai sistem ini kerana setiap usaha anda akan memberikan hasil kepada anda tak kira anda bantu orang memiliki pelan takaful atau pun anda mengajak rakan-rakan dan kenalan bersama dalam bisnes takaful.

Senang faham, Sistem Nadi Insan berkonsepkan Sistem Rakan Kongsi yang berkongsi Rezeki. Kejayan adalah kejayaan bersama dan setiap usaha mendapat hasil yang setimpal.

Hubungi wasap di bawah sekiranya anda inginkan penjelasan lanjut berkaitan peluang dan bimbingan yang kami tawarkan.

2) Sekiranya kita tidak mampu berikhtiar untuk menyelesaikan hutang hari ini, jangan biarkan hutang menghalang kebahagiaan kita di akhirat nanti. Alternatif terbaik adalah sediakan pelan hibah takaful dan hibahkan terus kepada orang yang anda hutang. sekurang-kurangnya hutang tersebut dilunasi setelah anda tiada nanti. Sekiranya manfaat takaful tersebut dihibahkan kepada waris, pastikan berwasiat untuk penyelesaian hutang secara bertulis dan serahkan wasiat kepada mereka yang amanah dan sayangkan anda untuk mengelakkan hasrat anda gagal dilaksanakan nanti.

Jika kita tidak berjaya dengan terus melakukan apa yang kita suka.
Paksa diri suka sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan buat diri kita…

https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://ALCNadiInsan.wasap.my

#NazriNadiInsan

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign