Tiada sesiapa di dunia ini yang impikan kesusahan, sudah pasti semua berharap & berusaha untuk mencapai kesenangan.

Justeru perlulah diingatkan agar usaha kita tadi hendaklah menjurus kepada usaha yang diredhai oleh Allah SWT.

Namun kadangkala terdapat dari kalangan kita yang menggunakan kaedah “Matlamat menghalalkan cara”. Tidak kira sumber itu daripada mana, halal mahu pun haram. Asalkan masuk; keuntungan memihak kepada kita, peduli apa; yang lain belakang kira.

Paling menyedihkan ada yang sanggup menganiaya sesama sendiri dengan seribu satu alasan “aku buat ini kerana si polan itu buat begitu dan begini”. Bolehkah kita bertindak seperti itu? Seharusnya sistem keadilan itu perlu diambil kira. Di dalam islam, kita perlu meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya. Seribu satu alasan tidak diambilkira.

Ada di kalangan kita yang sanggup berusaha menggunakan tipu-helah dengan memburuk-burukkan seseorang. Ada yang sanggup merancang untuk merampas hasil titik-peluh orang lain sehinggakan sanggup melihat orang lain susah asalkan hajat di hati tercapai…

“ Rezeki akan mengejar kamu sepertimana maut mengejar kamu”…

Perlu diingatkan di sini, rezeki setiap insan itu telah ditentukan oleh Allah SWT semenjak manusia itu diciptakan. Ajal tidak akan menimpa seseorang itu selagi mana rezekinya yang telah ditakdirkan untuknya belum habis baginya biarpun sebiji cekodok atau sebutir nasi pun. Ini adalah janji Allah SWT. Ini bermaksud manusia akan mati apabila semua rezeki yang dituliskan untuknya selesai sampai kepadanya.

“Janganlah kamu merasa, bahwa rezekimu terlambat datangnya, karena sesungguhnya tidaklah seorang hamba akan mati, hingga telah datang kepadanya rezeki terakhir (yang telah ditentukan) untuknya, maka tempuhlah jalan yang baik dalam mencari rezeki, yaitu dengan mengambil yang halal dan meninggalkan yang haram.” (HR. Ibnu Majah, Abdurrazzaq, Ibnu Hibban, dan al-Hakim, serta dishahihkan oleh al-Albani)

Maka wahai saudaraku sekalian! Tidak perlulah lagi kita bertungkus-lumus menganiaya sesama kita ataupun berusaha dengan pelbagai cara & jalan yang tidak diredhai oleh Allah SWT…

Apa yang sedang kita buat itu diperhatikan oleh Allah. Takutlah azab Allah… Kita merasakan bahawa kita sedang merampas rezeki seseorang itu sedangkan hakikatnya telah jelas termaktub di dalam hadis & al-Quran..

“Dan tolong-menolonglah kamu di dalam perkara kebaikan dan taqwa, janganlah kamu tolong-menolong di dalam perkara dosa dan permusuhan” al-Maidah 2.

Rezeki kita secupak tidak akan menjadi segantang & rezeki kita yang segantang tidak akan menjadi secupak dengan tindakan kita…

Ada yang berkata “Kalau begitu, lebih baik kita tak payah usaha langsung…”

Wah! Bijak sekali sesiapa yang berpegangan sedemikian…

Tak ada sesiapa yang pun yang tahu di kalangan makhluk melainkan semuanya adalah rahsia Allah SWT. Setiap sesuatu kejadian di dunia ini pasti bersebab. Tidakkah nanti, kita ditakdirkan susah kerana malas kita… kita berdosa kerana maksiat kita hingga akhirnya kita mati di dalam kerugian….

Sabda Rasulullah SAW:

“Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan tawakkal yang sebenar-benarnya, maka akan diberikan rezeki kepada kamu, sebagaimana burung diberikan rezeki, yang mana ia pergi di pagi hari dalam keadaan lapar, dan pulang pada waktu petang dalam keadaan kenyang, penuh perutnya” (Hadith riwayat Tirmidzi, Hadith Hasan Sohih)

Ada pula yang berkata “Tak payahlah kita tamak sangat, cukuplah dengan apa yang ada…”

Benarkah begitu? Renungkan kebanyakan sahabat Rasulullah SAW…
Siapa di kalangan kita yang boleh menandingi kekayaan mereka? Saidatina Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Othman, Abdul Rahman Auf, Anas bin Malik, dan sebagainya. Sumbangan dana mereka kepada perkembangan dakwah Rasulullah tiada tandingan.

Bermula daripada sehelai sepinggang, sahabat-sahabat Rasulullah SAW berjaya mengawal ekonomi Madinah sehingga kaum Yahudi terpaksa tunduk kepada kehebatan Islam…

Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli daripada mengingati Allah, dan mendirikan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari yang (pada hari itu) bergoncang hati dan penglihatan. Supaya Allah memberikan balasan kepada mereka, lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan, dan supaya Dia (Allah) menambahkan kurnia-Nya (Allah) kepada mereka. Dan Allah memberikan rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (Allah) tanpa perhitungan. (Surah Al-Nuur:37-38).

Fastabiqul khairat…marilah berlumba-lumba ke arah kebaikan!!!
Jom sertai NADI INSAN FWD TAKAFUL

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign