Setiap insan yang wujud di muka bumi ini pasti mengimpikan kejayaan, kekayaan, kesihatan yang baik; pendek kata semua yang baik-baik belaka.

Seringkali kita melihat di dalam mengejar yang baik-baik itu, kebanyakan daripada kita lebih suka mencari jalan pintas sehingga kadangkala menjerut leher sendiri.

Ditaburi dengan pelbagai janji-janji manis dan imbuhan yang hebat-hebat belaka; untuk menjadi kaya, ramai yang menceburi skim cepat kaya; memang cepat kaya, tapi bukan kita… penganjur skim tersebut. Untuk cepat slim, jalan pintas pembedahan buang lemak & sebagainya sehingga merosakkan kesihatan diri sendiri. Benarkah begitu senang kejayaan itu diperolehi?

Pandangan saya, memang senang. Namun kita mesti meletakkan doa sebagai senjata, usaha & tawakkal perlu bersepadu… Kejayaan pasti milik kita.

To make things change, we ourselves have to change….

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” –Petikan Surah al-Ra’d: 11

Kadangkala kita cepat menghukum diri kita sendiri; kita mudah menilai sesuatu diperingkat awal tanpa mecari ilmu yang secukupnya, usaha yang cukup & strategi yang betul serta tempoh masa untuk sesuatu usaha itu membuahkan hasil….

Saya suka menggambarkan setiap usaha saya itu sepertimana proses pertanian; bercucuk tanam. Ramai yang tidak memahami, untuk mendapatkan hasil yang lumayan, sebelum kita bercucuk-tanam, kita perlu usahakan tanah terlebih dulu; menggembur tanah, menyuburkan tanah dengan baja yang sesuai, menyiapkan batas & sistem pengairan. Setelah itu, barulah kita letakkan benih mengikut jarak & sistem aturan yang betul…

Namun jika kita tidak mempunyai perancangan & maklumat yang tepat, nescaya kita menilai usaha membajak tanah tersebut sebagai sia-sia dan tiada hasil. Di saat inilah ramai yang berhenti separuh jalan sedangkan bayangkan potensi sebenar hasil tersebut jika kita bersabar…

Begitu juga di dalam industri Takaful. Di mana kedudukan kita setakat ini? Membajak? Menabur benih?
Kebanyakan kita pasti suka bahagian menuai hasil kan…

Kita perlu tahu kedudukan kita & siapa kita? Sebagai konsultan, apakah perancangan kita? Berapa lama kita letakkan diri kita di dalam proses meniti kejayaan. Matlamat perlu jelas…

Jika kita adalah leader/ pengurus. Di mana kedudukan kita? Apa yang sedang kita usahakan? Strategi?

Sabar itu indah… hasilnya pasti membanggakan…

We have to focus our attention base on our own desire in order to reach our desire outcome. Seems simple; but normally we do the opposite. We always focus on what we don’t want and that’s what we get…

Bolehkah anda sampai ke destinasi anda jika anda memandu sambil tidur? Fokus kepada pemanduan anda kerana tersilap langkah, kecelakaan pasti menimpa. Ikut arah & laluan yang betul. Jika tak pasti, gunakan bantuan GPS…kan senang 

PESANAN PENAJA:

JOM JOIN NADI INSAN FWD TAKAFUL

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign