Seringkali kita mendengar pelbagai idea & resipi kejayaan diketengahkan daripada tokoh-tokoh motivasi mahupun ahli akademik.
Bagi saya, semuanya betul selagimana tidak bertentangan dengan syariat. Nothing wrong, do the things right.

Tidak dinafikan tarikan maksiat itu cukup kuat dan hebat. Kenapa? Sebab runtunan nafsu kita sendiri & bisikan iblis yang sentiasa tanpa putus-asa, konsisten mendakyah kita. Seronok memang seronok… tapi berapa lama? Keseronokan bermaksiat penuh dengan tipu-daya. Kebanyakannya sementara, penyesalan berpanjangan… Setelah habis seronok, serabut datang bertimpa-timpa. Orang yang bermaksiat, jiwanya kacau; tidak tenang…

Kadangkala untuk bermaksiat, terpaksa menipu, bersembunyi. Pecah tembelang naya orang Kedah kata…  malu dapat, sakit pun dapat…merana berpanjangan…

Dan yang paling utama, kejayaan semakin jauh daripada kita, balasan akhirat itu pasti, balasan dunia juga tidak terlepas…. Usaha demi usaha dilakukan, tiada keberkatan… malah kehancuran yang mendatang…

Dalam proses beribadah; bercakap tampak mudah namun jika tak dipaksa bukannya senang utk dilaksana…Beribadah memberi ketenangan jiwa; keseronokan dan bahagia yang berpanjangan… biarpun diri ditimpa ujian…
Cuma apa yang menarik perhatian saya di sini, bagaimana tokoh-tokoh terdahulu meletakkan hubungan dengan Allah itu lebih utama dalam proses menelusuri kejayaan…


SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH

Jika diselidiki, kehebatan & kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh bukan lahir daripada sifat fizikal & intelektualnya sahaja tetapi terbina daripada hubungannya dengan Allah SWT. Ini sejak awal lagi telah pun dirakamkan di dalam hadis Rasulullah SAW:

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, “…Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera…” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di antara kisah beliau yang hebat diperkatakan ialah ketika mana beliau mengajukan soalan untuk memilih imam pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!” Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!” Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!” Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.
Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.
“Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!”- Ahli Sejarah Byzantine


al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh

SULTAN SALAHUDDIN AL-AYYUBI

Beliau diriwayatkan sebagai seorang yang sangat patuh kepada Allah SWT. Di antara kisah terkenal beliau adalah bagaimana beliau melihat kegagalan tentera Islam menawan musuh disebabkan tentera-tenteranya di dalam sebuah khemah yang tidak berjaga malam untuk beribadah. Jika dilihat di sini, kekuatan fizikal bukan segala-galanya. Sebagai logik, rehat dan tidur yang cukup adalah aset utama kekuatan tentera…

Salahuddin al-Ayyubi juga diriwayatkan juga sentiasa melakukan solat berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Solat tahajjud dan lain-lain adalah rutin kehidupannya…Senantiasa menjadikan doa & usaha sebagai sumber kekuatan mengalahkan musuh-musuh ALLAH. Beliau sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah dan senantiasa meletakkan segala harapannya kepada Allah SWT terutama ketika dalam kesusahan.

Pernah satu ketika di Jerusalem, kepungan tentera bersekutu Kristian begitu hebat sehinggakan seolah-olah tentera-tentera Islam tidak mampu bertahan lagi. Salahuddin al-Ayyubi tanpa putus-asa menghabiskan malam dengan bersolat dan bermunajat kepada Allah sehingga diberitakan dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya membasahi janggutnya dan menitik ke tempat solatnya. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat beberapa hari kemudian.

KESIMPULAN
Kita hanya mampu merancang dan berusaha, namun sesungguhnya “Tiada daya & Upaya Kita melainkan dengan keizinan & keredhaan Allah SWT, kepadaNya kita berserah kepadaNya kita memohon pertolongan….

Marilah sama-sama kita meletakkan keredhaan Allah SWT itu sebagai tunjang dan kekuatan kita membina kejayaan.

Kejayaan Dunia itu penting, kejayaan Akhirat itu lebih utama…
Jadikan doa sumber kekuatan kita…

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

.
Kejar Akhirat: Dunia akan mengejar kita… Ameeen…

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign