Lumrah kehidupan, masalah adalah sahabat terbaik di dalam hidup kita. Bayangkan siapa di dunia ini yang tiada masalah? Jika pun ada saya yakin orang itu benar-benar bermasalah… kerana biasanya orang gila sahaja yang tiada masalah 🙂

Jika diteliti, peluang selalunya wujud seiring dengan masalah. Di mana ada masalah, di situ peluang akan wujud. Seingat saya, pertama kali saya menceburi bidang Takaful adalah di saat saya benar-benar memerlukan wang…bermula daripada part time agent sehinggalah full time menjadi kerjaya yang dibanggakan.

Begitu juga dengan seorang sahabat saya, rakan sekelas ketika menuntut di Maktab Mahmud, Alor Setar dulu. Sekembalinya beliau daripada Jordan, ekonomi ketika itu bermasalah menyebabkan peluang kerja terlalu tipis. Mahu atau tidak, beliau terpaksa menceburi Takaful sekadar sementara menunggu peluang kerja. Namun apa yang berlaku, beliau telah menolak tawaran sebagai guru di MRSM semata-mata kerana telah serasi dan bahagia dengan kerjaya sebagai ejen Takaful. Alah biasa, tegal biasa. Tak kenal maka tak cinta. Itulah seperti yang dikata. Hari ini beliau telah menjadi seorang Unit Manager yang berjaya di Syarikat Takaful berkenaan.

Orang yang berjaya pasti mengambil kesempatan daripada peluang yang ada dan buat sehabis baik. Renungkan sebenarnya kegagalan terbesar di dalam hidup kita adalah menunggu tanpa melakukan sesuatu dan tidak mencuba peluang yang tersedia. Seiring waktu, masa berlalu begitu sahaja…

Ramai di kalangan kita yang mencari sesuatu yang sempurna dan jika boleh hari ini bermula, besok terus boleh kaya dan goyang kaki… Sebenarnya KEJAYAAN itu perlukan kesabaran, masa yang kita peruntukan untuk memilikinya…

KEAJAYAAN sebenarnya tidak memerlukan kesempurnaan, tetapi KEJAYAAN itu boleh kita miliki sekiranya kita FOKUS dan ISTIQAMAH dalam tindakan kita…

Saudara-saudari yang ku hormati; Nak gagal itu mudah, nak berjaya itu susah. Jalan ke neraka itu mudah, jalan ke syurga itu susah. Ia memerlukan kesabaran, ketekunan dan istiqamah berdoa dan berusaha. Namun, mana yang BEST? Berjaya la kan… Jom kita bertungkus lumus mengejar kejayaan…

Fastabiqul khairat!!!

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

NazriNadiInsan
MDA Coach

https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://ALCNadiInsan.wasap.my
https://ALCNadiInsan.wasap.my

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign