Pelan takaful penyakit kritikal untuk suami, isteri dan anak-anak daripada FWD takaful adalah amat unik dan yang pertama sepertinya. Biasa dengar pelan medikal kad famili, tapi pelan takaful penyakit kritikal famili inilah yang pertama.

Sebagai contoh, dengan sumbangan takaful RM 125 sebulan, keluarga anda dapat pelan perlindungan takaful sebanyak RM 125,000 untuk suami, isteri dan tiga orang anak.

Selain daripada hibah, keluarga anda juga dapat cover;

  1. Penyakit kritikal ringan sebanyak RM 25000
  2. Penyakit kritikal utama sebanyak RM 50000
  3. Kematian atas apa-apa sebab sebanyak RM 50000
  4. Sumbangan akan menjadi PERCUMA jika suami meninggal, dan perlindungan masih berjalan seperti biasa untuk isteri dan anak-anak

Kini, anda tidak perlu lagi susah untuk mengambil pelan bagi setiap seorang ahli keluarga. Satu pelan untuk semua dengan kadar sumbangan yang amat berpatutan.

Pelan ini juga amat fleksibel di mana kadar sumbangan takaful bergantung kepada jumlah anak dalam keluarga. Keluarga dengan dua orang anak kadarnya akan lebih murah daripada keluarga dengan lima orang anak.

Kemudian, jika ada rezeki tambah anak, boleh masukkan anak yang baru lahir dalam pelan keluarga dengan sedikit tambahan sumbangan.

Ya, ibu tunggal atau bapa tunggal dengan anak-anak pun boleh dapat pelan keluarga FWD takaful ini.

Soalan Lazim Mengenai Pelan Takaful Penyakit Kritikal Keluarga

#1 Apakah itu Penyakit Kritikal dan mengapa saya perlukannya?

Sekiranya anda diserang penyakit atau mengalami kecederaan yang serius, anda mungkin menghadapi masalah kewangan untuk membayar kos perubatan dan juga hilang pendapatan kerana terpaksa mengambil cuti.

Perlindungan penyakit kritikal membantu anda dengan menyediakan bayaran sekali gus sekiranya anda dilindungi daripada kemalangan atau penyakit yang serius, supaya anda boleh memberi tumpuan kepada rawatan pemulihan.

#2 Berapakah jumlah dilindungi yang saya perlukan?

Ia bergantung kepada:

  • Jumlah yang anda perlukan untuk menampung keluarga sekiranya anda hilang pendapatan
  • Saiz pinjaman anda dan lain-lain
  • Liabiliti kewangan anda
  • Jumlah yang anda ingin sumbangkan secara berkala

#3 Adakah Pelan Takaful Penyakit Kritikal Juga Melindungi Sebarang Ketidakupayaan Serius?

Ya, terdapat beberapa ketidakupayaan yang dilindungi, seperti buta, menjadi bisu, pekak dan kehilangan upaya untuk berdikari.

Adakah pelan ini sesuai untuk anda?

Jika anda menjawab ya kepada sekurang-kurangnya dua daripada senario yang dinyatakan di bawah, maka pelan ini sesuai untuk anda.

#1 Adakah kewangan anda akan terjejas teruk akibat kehilangan pendapatan yang berpanjang?

#2 Adakah anda inginkan satu pelan untuk seisi keluarga yang kosnya kurang daripada beberapa pelan individu?

#3 Anda dan keluarga anda belum lagi memiliki sebarang perlindungan penyakit kritikal?

WhatsApp saya untuk maklumat lanjut


https://hibahfwdtakaful4u.wasap.my
https://hibahfwdtakaful4u.wasap.my
https://hibahfwdtakaful4u.wasap.my

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign