Tips Dan Nasihat Kejayaan

*Masa*

Setiap perkara yang best dalam hidup kita ambil masa. Sabar berusaha & berdoa secara konsistan, hasil akan dapat dilihat dari masa ke masa secara berperingkat.

*Mindset Usahawan berjaya*

Yakin dengan apa yg kita buat. Kita tidak akan pandai matematik hanya dgn membaca, kita akan pandai matematik selepas study, lihat contoh & buat beberapa latihan pengukuhan.

Besar @ kecil hasil bisnes kita bergantung kepada goal settting/ sasaran matlamat kita.

Kata Ulama, husnul zon (bersangka baik) kepada Allah SWT akan membuatkan seseorang itu berjaya dalam kehidupannya. Itulah kaedah yang Nabi SAW ajarkan kepada kita.  Allah SWT akan menganugerahkan hasil kepada seseorang itu berkadar sangkaan hambaNya.

Setiap pagi amalkan menyebut dalam hati “InsyaAllah hari ini lebih baik dari semalam, lebih bahagia dan lebih untung untuk dunia dan akhirat“.

*Konsisten buat aktiviti & gilap potensi diri*

Begitu juga dalam bisnes takaful, saya sendiri dulu ambil masa 3 bulan untuk kuasai skill dalam Sales Cycle. Berbekalkan impian & keyakinan terus non-stop belajar, berlatih, hafal skrip & terus-menerus melakukan aktiviti.

*Skrip*

Sentiasa rangka & catat ayat2 terbaik yg dirasakan mampu memberi impak dlm presentation.

*Step*

Susun step yg betul dalam setiap perkara daripada permulaan hingga penutup dalam perkongsian & perbaiki dari masa ke masa.

*Cintakan ilmu*

Hadir & dengar setiap sharing. Sehingga ke hari ini saya rasa masih melakukan perkara yg sama. Kita tak pasti sharing @ kelas mana yg kita ikuti akan memberikan impak kepada kita. Don’t miss any sharing @ kelas.

Dengar & ulang…

*Jangan Mengalah, alah biasa tegal biasa*

Jangan cepat merasa letih sedangkan kita baru bermula.

Setiap perkara baru pasti tidak selesa di permulaan. Walaupun sedari kecil kita dah pandai berjalan tetapi kita tetap mengah & sakit kaki jika paksa jalan laju @ berlari.

Walaupun sebelum ini, kita pandai bercakap bahkan sesetengah kita mungkin terlibat dalam organisasi ataupun dalam pidato dan perbahasan.

Namun kita tiada pengalaman dalam perbualan, psikologi sales.

Ambil masa dan kuasai satu persatu…

*Fokus Aktiviti*

Sesiap yang sentiasa audit hasil pasti cepat lelah & kecewa diperingkat permulaan.

Justeru dalam bidang sales, apa yang perlu diaudit adalah aktiviti & tindakan.

Konsistenkan diri untuk lakukan aktiviti secara harian & kerap.

Audit:

-Berapa banyak appointment yang anda set.

-Berapa banyak sharing @ posting di dalam media sosial. Sharing dalam personal wall anda agar dikenali & dilihat sebagai orang yang konsisten dalam Takaful, share promosi minimum secara berulang 20 posting setiap hari dalam setiap pages bisnes & pages kelab @ tempat sekitar anda.

Ulang & ulang secara berterusan.


*Doa*

Sentiasa berdoa & letakkkan kebergantungan hasil tindakan kepada Allah. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan segalanya.

Begitulah sepatutnya seorang muslim yang inginkan kejayaan dalam hidupnya. 

Dari Abu hurairah Radhiallahu Anhu, ia berkata Rasulullah SAW bersabda: Allah berfirman: Aku akan berurusan dengan hamba-hambaku seperti mana apa yang mereka sangkakan kepadaku ‘’ ( HR Bukhori dan Muslim ).


 

*Serlahkan Kehebatan*

Kekuatan & kehebatan dah ada dalam diri kita. Kita hanya perlu keluarkan dan serlahkan ia. Kita semua pasti merasakan ada keistimewaan pada diri kita. Serlahkan kehebatanmu dengan capai sesuatu yang luar biasa yang menjadi kebanggan dan kepuasan dalam hidup kita menuju kejayaan yang hakiki.

Jadikan kejayaan dunia sebagai jambatan kejayaan akhirat.

*Rendah hati*

Kekalkan kerendahan hati & tinggi budi.

Kita adalah orang yang sama dengan jumlah pendapatan yang berbeza. Harta & hasil dunia tidak memberi kesan kepada sifat dan luaran kita. Latih diri sentiasa berbakti & bersedekah dari masa ke masa. InsyaAllah hidup lebih bahagia menjadi si kaya yang dermawan.

“Insan Budiman Kaya Dermawan”

Jom sertai Usahawan Takaful bersama ALC Nadi Insan FWD Takaful…

Teroka konsep Rakan Bisnes Kongsi Rezeki bersama Nadi Insan.

Nak tahu lebih lanjut, sila klik link di bawah👇

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign