Buat bisnes dan berfikir cara orang bisnes

Semua maklum, income dalam bisnes kita bergantung kepada beberapa faktor:

  1. Berapa ramai pelanggan kita
  2. Berapa besar purata saiz kes yang pelanggan kita ambil
  3. Kutipan bayaran bulanan/ tahunan pelanggan kita
  4. Berapa ramai team kita
  5. Berapa jumlah team kita yang aktif secara konsisten
  6. Pelanggan dan Team yang berkualiti

Tidak dapat dinafikan peratusan kadar hasil daripada aktiviti yang kita lakukan adalah rendah.

Namun setiap bisnes yang kita bawa masuk memberikan pulangan income yang berpanjangan.

Sebagai orang baru, lelah atau letih sebelum bermula perlu dielakkan.

Kita perlu ghairah untuk membina bisnes tanpa henti.

Bagaimana kita nak pastikan kita sentiasa bertenaga dan positif?

Senaraikan 10 perkara yang kita suka bila kita ada duit.

Tetapkan sasaran dan tempoh pencapaian.

Menjadi keutamaan untuk kita menentukan berapa jumlah pelanggan dan konsultan dalam circle business kita.

Mengikut kajian LIMRA, 10-3-1 adalah nombor yang menjadi lumrah dalam menentukan hasil.

10 suspek yang layak

3 appointment dengan prospek berkualiti

1 pelanggan baru

Plus 3 referral baru

Sebagai konsultan kita perlu fahami bahawa nombor ini adalah lumrah dalam kitaran bisnes kita.

Justeru fokus aktiviti dan teruskan amalan secara harian demi memastikan kelestarian bisnes yang memberikan hasil lumayan secara berterusan.

Saya yakin ramai yang tidak ikut jumlah nombor di atas.

Saya sendiri selalu bersyukur kerana kebiasaannya di Malaysia kadar kejayaan dalam appointment adalah lebih tinggi.

Ini menjadikan kita rasa lebih bersemangat kerana tugas kita lebih mudah…

Bagaimana meningkatkan kadar kejayaan?

Fokus 80% terhadap aktiviti rutin yang memberikan hasil.

Dalam masa yang sama, fokus prospek pelanggan dan konsultan yang berkualiti.

Pelanggan yang sihat dan mempunyai profil kewangan yang baik menjadi keutamaan.

Begitu juga dengan profil bakal konsultan.

Tugas kita menjadi lebih mudah jika kita fokus kepada konsultan yang memiliki latarbelakang yang baik termasuk pengalaman & networking.

-NazriNadiInsan

Jom terus Maju Jaya

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign