Minggu ini boleh dikatakan panas bila ramai yang bertanyakan saya tentang satu group agensi yang senior, besar dan berpengalaman luas daripada syarikat P join FWD Takaful sebagai ALC.

Selamat datang ke FWD Takaful saya ucapkan kepada mereka.

Ramai yang tampil memberikan komen dan pandangan termasuk tentang kelemahan dan kelebihan Sistem ALC ini.

Satu persoalan yang saya nak kongsikan di sini, kenapa agensi yang berpengalaman luas dan lama dalam industri beralih kepada Sistem ALC?

Adakah semata2 kerana tamak dan pentingkan keuntungan diri?

Adakah tidak cukup kaya lagi?

Banyak pandangan yang berkisar tentang apa dan mengapa, kenapa dan bagaimana. Tak kurang juga yang memberikan pandangan negatif terutama tentang Sistem ALC ini.

Bagi saya tak kira apa sistem yang ditawarkan, sudah pasti ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, tidak sempurna.

Namun sistem manakah yang lebih sesuai dan mampu memberikan impak kejayaan kepada kita.

Tak kira terima bajet atau pun tidak, sebenarnya tidak mudah untuk leader yang lama bertapak dalam industri terutama yang memiliki rangkaian kumpulan dan bisnes yang besar untuk membuat keputusan ini.

Sudah pasti banyak faktor yang diambilkira.

Tak semua team sedia ada akan ikut bersama dan tak mudah juga untuk membina dan membentuk team baru.

Yang pasti banyak kerja yang perlu dilakukan dan banyak tenaga yang perlu dikorbankan, berada di dalam zon yang tidak selesa semula dalam tempoh tertentu.

Hanya leader yang benar2 tahu matlamat dan halatuju jangka masa panjang yang mampu mengorak langkah membuat keputusan besar ini.

ALC adalah model bisnes masa depan untuk bisnes takaful.

Penghijrahan agensi besar dan hebat ini ke FWD Takaful adalah satu pengiktirafan kepada Sistem ALC dan juga kepada FWD Takaful sebagai sistem yang lebih baik dan syarikat international yang mempunyai Sistem Digital terbaik dan mesra ALC.

Kenapa saya beralih kepada Sistem ALC walaupun telah berjaya dalam sistem sedia ada selama 19 tahun dalam industri?

Pelbagai tuduhan dilemparkan termasuk tamak, pentingkan diri, sistem ALC hanya mengkayakan  founder, sistem kuku besi & sebagainya.

Hakikat ALC juga adalah agensi, tak kira agen sertai sistem yang mana sekalipun pasti terikat dengan disiplin dan undang-undang agensi walaupun syarikat telah pun memiliki undang2 yang tersendiri.

Sebab itu penting bagi mereka yang mahu menceburi bidang takaful ini adalah wajib selidik dahulu undang2 dan komitmen wajib agensi sebelum memilih syarikat dan agensi agar ianya  bersesuaian dengan karakter diri sendiri.

Salah memilih agensi bererti laluan kerjaya dalam bisnes takaful ini berliku.

Melalui pemerhatian dan pengalaman peribadi belasan tahun dalam industri, yang paling kaya sudah pasti adalah leader agensi. Agak kelakar bila mendengar tuduhan sesetengah leader yang sistem ALC ini mengkayakan founder ALC sahaja.  Hakikat dalam sistem biasa tak sampai 2% yang berjaya menjadi Pengurus Agensi walaupun bertungkus lumus saban tahun.

Justeru sudah pastilah leader atau pun pengurus agensilah yang paling kaya dalam agensi tersebut disebabkan agen2 lain hanya mampu menikmati income daripada bisnes peribadi sahaja.

Matlamat utama Nadi Insan menubuhkan ALC adalah untuk membentuk sistem bisnes rakan kongsi yang mana mampu meningkatkan jumlah pengurus agensi daripada hanya dinikmati oleh tidak sampai 2% kepada 90%.

Konsep rakan kongsi yang berkongsi rezeki ini lebih adil dan lebih mudah untuk dicapai oleh mana2 individu.

Boleh dikatakan sistem ini membantu orang biasa mencapai pencapaian luar biasa apatah lagi jika mereka yang telah berada di kalangan “performer” sebelum ini. Membantu melahirkan lebih ramai mereka yang memiliki pendapatan 5 dan 6 angka setahun berbanding sistem biasa.

Sistem ALC Nadi Insan sudah pasti memberikan pendapatan yang berganda dan lebih pantas berbanding struktur biasa jika dikira berdasarkan kadar usaha dan tempoh dalam industri disebabkan syarat kenaikan pangkat yang lebih ringkas dan mudah dicapai dan lebih pantas sepantas 1 bulan.

Pendapatan daripada bisnes kumpulan mampu menghasilkan jutaan ringgit setahun dalam tempoh yang singkat di kalangan mereka yang bekerja kuat dan agresif.

Struktur model bisnes ALC Nadi Insan ini juga berjaya mengelakkan persaingan yang tidak sihat di mana setiap rakan kongsi memiliki peluang dan potensi yang sama malah mampu mengelakkan halangan kenaikan pangkat kerana melalui sistem ini setiap rakan kongsi masih menikmati pendapatan yang berpanjangan sampai bila-bila daripada rakan kongsi walaupun naik pangkat sama level.

Ada banyak lagi kelebihan termasuk perkongsian kerjasama dan sistem pembangunan termasuk program-program yang bersistematik dan tersusun.

Apa yang lebih indah, warga Nadi Insan menikmati segala insentif, penghargaan dan anugerah berganda daripada FWD Takaful dan juga Nadi Insan. Menikmati segala insentif, trip-trip pelancongan hebat FWD Takaful dan menikmati insentif, trip-trip pelancongan murah mampu capai Nadi Insan…

Inginkan maklumat lebih terperinci berkaitan Agency Leader Corporation, ALC Nadi Insan ini?

Jangan segan hubungi saya melalui link wasap di bawah. Ambil info tepat, nilai dan buat keputusan yang bersesuaian dengan diri sendiri.

NazriNadiInsan

MDA Coach

https://ALCNadiInsan.wasap.my

https://ALCNadiInsan.wasap.my

https://ALCNadiInsan.wasap.my

#KalauLebihMudahKenapaMahuSusah

#KalauLebihCepatKenapaMahuLambat

#KalauBukanSekarangBilaLagi

#kalauBukanKitaSiapaLagi

#nadiinsan #FWDTakaful #positiveenergy #EveryoneCanbeMDA #MDACoach #takaful #MDRT #MDA #ejentakaful #milliondollaragency #kerja #bisnestanpamodal #DuaKosongSatu

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign