Kerap juga saya berjumpa dengan rakan-rakan usahawan di dalam pelbagai bidang yang keletihan dan di dalam mood persaraan…
Kadangkala ada juga yang bertanya; bagaimana nak mengekalkan momentum dan terus konsistan?
Sebenarnya saya tiada jawapan yang tepat sebab situasi setiap orang berbeza.
Namun ada beberapa perkara asas yang saya yakin dan saya amalkan; ianya penting untuk memastikan kita kekal bertenaga. Di antaranya:
1) Cara berfikir:
Tetapkan pemikiran yang betul di dalam hati dan fikiran. Kebiasaannya saya akan simpan beberapa ayat2 motivasi dan step2 penting untuk saya rujuk ketika menghadapi situasi yang berkaitan.
Contoh: Ada ketika kita bertungkus lumus usahakan sesuatu secara konsistan, namun hasil yang kita perolehi gagal mencapai sasaran.
Kebiasaannya saya akan merujuk kepada step panduan seperti “No failure, wrong result. Change Strategy…”
Justeru audit saya bermula daripada mencari strategi yang betul.
Catatkan beberapa tindakan yang kita telah buat & lihat dari sudut pandangan mata pelanggan.

2) Simpan tenaga pada tempat yang betul:
Saya tak pasti orang lain. Namun saya jarang mengeluarkan 100% tenaga kepada sesuatu yang belum pasti😆. “Reserve energy” ni saya simpan sebagai pengubat hati…haha.
Kadangkala ada beberapa strategi baru yang belum pasti berjaya. Sekiranya gagal, saya dengan senang hati akan berkata. Relek la, baru test market😝.
Saya hanya akan berikan 80% komitmen dan tenaga kepada strategi & idea yang telah dikenalpasti berkesan dan memberikan impak dan hasil yang memuaskan…
Mungkin ada yang hairan, kenapa tak berikan 100% ?
Yang ni saya akan jawab kemudian😆. Maybe one day…haha…

3) Extra Value:
Di dalam dunia ini, berapa banyak sangat makanan yang mampu kita makan, pakaian yang kita nak pakai, kereta yang kita impikan. Mungkin nafsu sesetengah orang tak pernah habis dan tak pernah cukup. Tapi ke manalah sangat kekuatan dan hasrat mengejar dunia yang fana ini…
Justeru setiap kita perlu ada dorongan yang lain yang lebih besar daripada nafsu kita.
Bukan sekadar ianya menjadi kekuatan dalaman kita tetapi ianya juga dorongan untuk kita berjuang tanpa kenal penat lelah demi mencari keredhaan Ilahi sebagai bekal kita di sana nanti…
Wallahu’alam…

Nota:

Kepada yang masih mencari peluang, jom sertai bisnes melalui Agensi Korporat NADI INSAN FWD TAKAFUL

Daftar segera sebagai ejen/ agen FWD Takaful bersama ALC Nadi Insan.

Selami erti dan falsafah Nadi Insan

“INSAN BUDIMAN KAYA DERMAWAN”

Klik link di bawah untuk maklumat lanjut, dengar sendiri sharing melalui NICE: Nadi Insan Career Exploration….

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://nadiinsanfwd.wasap.my/

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9https://forms.gle/e7o6E1aVvWCW5Rgm9

By admin

GROUP CHIEF MANAGING CONSULTANT ALC NADI INSAN FWD TAKAFUL Million Dollar Agency Coach Takaful > Lubuk Emas: Model Bisnes ALC Nadi Insan, Jalan Pantas Bina Pendapatan Lumayan melalui sales peribadi dan bisnes group. PELUANG KERJAYA SAMBILAN/ SEPENUH MASA Hubungi 019-578 3878 atau email ke nazrinadiinsan@gmail.com

Slider by webdesign